Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Jangan Tertipu Dengan Scam/Penipuan Dalam Talian

$
0
0
Jangan Tertipu Dengan Scam/Penipuan Dalam Talian. Awas!!! 16 October 2014 lepas ada terima dari panggilan dari 'withheld number'. Selalunya number yang tak kenal, takde nama, private atau yang sewaktu dengannya memang susahlah Fiza nak angkat. Kalau untuk bussiness pun Fiza lebih prefer sms/whatsapp. Cuma tu lah kan kalau ada panggilan urgent ke emergency ke risau juga.

Ntah kenapa tetiba hari tu nak angkat panggilan dari 'withheld number' ni. Selalunya insurans yang akan call. Bab insurans ni dah malas nak layan dah sebab dorang ni kalau cakap kita busy sibuk juga dia nak bercakap. Kekadang tak faham bahasa dan tak hormat orang pun ada jugak. Asal dengar insurans je memang malas nak layan ni. Maaf lah ye bukan kurang ajar tapi rasanya alasan 'sibuk' tu takde lah kurang ajar dan itu lebih sopan kot.

Okay, lupakan pasal insurans tu kejap. Lepas Fiza angkat call dari withheld number tu, katanya dari Maybank Visa. Pelik pulak lak bank rajin sangat nak call. Dia tanya pasal debit card,valid bila? Tarikh luput bila? Lepas tu dia tanye debit card tu ada bersama ke tak untuk check? Err..dah macam pelik lagi tu.

Pihak bank selalunya akan inform benda penting tukar kad pun kat website,atm atau melalu surat. Takdelah rajin nak call sorang² pengguna kan. Disebabkan sekarang dah banyak penipuan ni kenalah ambil langkah berjaga² dalam apa² pun. Bila dia dah tanya macam tu Fiza cuma jawab 'kad takde kat saya sekarang'. Then dia kata dia akan call esoknya. Fiza just cakap okay je padahal esoknya dia call Fiza tak angkat. Dan Fiza tengok bukan setakat withheld number je yang call tapi adalah number yang kerap call lately. 0320806200, 0322609888, 0321763666 antara number ni ada sesiapa pernah angkat tak?

Salah satu number tu Fiza pernah angkat dulu dari insurans tapi kurang jelas penjelasannya terus Fiza tak layan tapi memang kerap call. Rasanya semua number tu dari agent yang sama lah kot. Agak annoying bila sangat kerap call. Tapi selepas google ada dua number yang tergolong dalam kes yang tidak jelas dan mungkin lebih tepat lagi dalam agent penipuan.

Kebetulan baru baru ni jugak ada kawan facebook share pasal penipuan panggilan dalam talian. Dan paling mengejutkan suara dan dialognya memang sama dengan panggilan yang Fiza dapat tu. Cumanya panggilan Fiza stop sampai dia tanya kad ada bersama ke tidak tu je. Nasib baik Fiza alert supaya tidak mendedahkan data peribadi kepada orang yang dikenali kecuali urusan rasmi. Lagi lagi berkenaan dengan kad atm. Jangan sesekali bagitau orang lebih lebih lagi 3 angka belakang kad tu. Itu lagi penting, kalau orang tahu boleh habis licin duit dalam bank tu.

Korang dengar sampai habis ye. Terbukti menipu je kerja dorang ni.



Lagi satu kalau agent insurans bila dorang merakamkan panggilan ni dan berjaya mendapatkan number yang diperlukan dorang akan membuktikan yang kita ni setuju melalui rakaman tanpa hitam putih. Dan setiap bulan duit secara automatik akan dipotong tanpa kita sedar. Ini pengalaman husband masa dia study dululah. Dia terus call bank dan bank cakap memang ada agent insurans yang buat perjanjian melalui rakaman dan nasib baik bank boleh stop kan. Kalau tak memang habis duit setiap bulan, dahlah masa study kan. Bukan ada duit sangat pun.

Siapa dalang dalam scam/penipuan dalam talian ni kan?? Dalam link yang Fiza share tu ramai dah terkena dan hampir tertipu kalau baca dari komen yang ada. Siap gunakan nama besar pulak tu, maybank, maxis, insurans..

Harap semua lebih berhati hati tidak mendedahkan data peribadi ye. Apa yang Fiza buat untuk semua number ni Fiza dah set siap siap send calls directly to voicemail. Setiap kali dorang call terus masuk voicemail takde lagi panggilan annoying. Selalunya kalau ada number tak dikenali Fiza akan google dulu. Kalau diketahui number tu dari mana Fiza akan angkat kalau tak memang taklah nak angkat, dan kalau kerap call Fiza angkat sekali. Kalau katanya dari company insurans Fiza save siap siap dan tengok dia call lagi ke tak..kalau asyik call dan dia tak faham jugak terus send calls directly to voicemail. Haa amik..senang kerja.

Pelik dengan manusia sekarang ni. Lebih berusaha kepada ke arah negative untuk mengaut keuntungan. Gigih betul dia call sorang² menjadi mangsa. Tapi itulah selalunya kena berhati hati dengan withheld number sebab susah nak detect kan. Moga kita semua tak menjadi mangsa penipuan.

Sorry terpanjang pulak bebel pulak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles