Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Sambal Sotong dan Sayur Kailan

$
0
0
Lewat pulak up entry hari ni. Hari ni lunch pun lewat sikit. Dapatlah jugak makan special sikit Sambal sotong dan Sayur Kailan. Selalu lunch sorang kan hari ni lunch berdua sebab husband off day. Hari ni pulak nak tunggu maintenance Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) datang untuk gantikan meter paip yang rosak tu. Settle dah tukar.

So dah busy dengan urusan lain kuranglah menghadap PC hari ni. Nak buat entry ni pun baru nak bukak photoshop..huhu..

Alhamdulillah selera lebih makan berdua hari ni..hihi.. Hari ni masak pedas sikit makan pulak dengan nasi panas..Memang meletop! Resepi sambal sotong Fiza buat sama macam resepi sambal udang. Cuma masak sotong ni tak perlu letak air sangat sebab sotong pun dah berair kan.

sambal sotong

Tak lengkap makan kalau takde sayur kan. My favourite sayur ni. Tumis bawang putih,bawang merah, ikan bilis sampai garing masukkan sos tiram dan masukkan sayur kailan. Senang sangat kalau masak sayur. Kalau sayur panas Fiza suka ratah je..dah nama peminat sayur :)

sayur kailan

Selalu hari jumaat ada je makanan special . Kalau kat asrama dulu pun sama jugak. Apa makanan special korang hari ni?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles