Akhirnya settle jugak urusan pendaftaran perniagaan di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) hari jumaat lepas. Sebelum ni Fiza ada buat online tapi stuck di tengah² proses pendaftaran, lepas tu stop. Bila log in balik dah keluar error pulak. Mungkin ramai yang tengah daftar secara online lah kot.
So ambil keputusan pergi ke pejabat SSM je la. Rupanya takdelah susah mana nak register secara offline di pejabat SSM ni cuma perlu bawak salinan IC dan duit je la. Isi borang, bayar dan tunggu sijil siap tak sampai 1 jam pun.
Fiza register untuk design graphic dan juga penjualan barangan secara online. Lebih memudahkan untuk perniagaan dan perkhidmatan Fiza sendiri. Masih dalam proses mempersiapkan system untuk memudahkan perniaagan akan datang. InshaAllah..
Didaftarkan atas nama AZHAFIZAH NETWORK (NS0137498-P)
Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT...aminnn
Bagi yang belum mendaftar perniagaan secara online tu, bolehlah register cepat cepat ye. Tahun depan GST akan dilancarkan, segala tempahan graphic design juga akan dinaikkan harga tak lama lagi..gitu :)
Agak agak ada orang nak tempah lagi tak? hihi