Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Cara Daftar SSM Secara Online

$
0
0
Cara Daftar SSM Secara Online. Bagi sesiapa yang menjalankan apa jenis perniagaan pun walaupun hanya sekadar agent kena daftar SSM juga. Kalau tiada masa nak ke pejabat SSM boleh daftar SSM secara online.

Bayaran Pendaftaran
1. Jika ingin mendaftar dengan nama syarikat/perkongsian
Contoh : Azhafizah Enterprise
Bayaran : RM70/setahun

2. Jika ingin mendaftar atas nama sendiri/pemilikan tunggal
Contoh : Azhafizah Binti Md Nor
Bayaran : RM40/setahun

Bayaran Pembaharuan Lesen
Syarikat : RM60/setahun
Sendiri : RM30/setahun

Sebelum tu kena tahu jenis perniagaan yang dijalankan.
ROB - Untuk perniagaan Enterprise
ROC - Untuk Sdn bhd

Cara daftar SSM Secara Online.
1. Pergi ke website : www.ssm.com.my
2. Pilih menu e-Lodgement dalam sidebar menu e-services sebelah kanan

Langkah yang perlu dibuat untuk mendaftar.

cara-daftar-ssm-secara-online

3. Klik pada link Langkah 1 : Pendaftaran Pengguna Portal MyGovernment (PSP)

Isikan maklumat dengan lengkap. 

Bila dah siap daftar untuk verify kemudian kena check email. Dalam email tersebut ada disertakan link untuk verify seperti email di bawah ni. Terus click here yang bewarna biru tu.

cara-daftar-ssm-secara-online

Bila dah klik link untuk verify tu, akan terus masuk ke portal dan akan diberitahu akaun anda telah berjaya disahkan dan boleh log masuk akaun kemudian.

cara-daftar-ssm-secara-online

4. Kemudian berbalik pada gambar langkah tadi tu. Klik pada Langkah 2 : Pendaftaran Pelanggan SSM.

Isi borang yang diberikan sehingga anda diminta untuk bayar RM5.00 untuk yuran selama setahun untuk e-Lodgement perniagaan dan RM120 untuk e-Lodgement Syarikat. Pembayaran boleh dibuat melalui online banking  (klik debit/FPX) atau kredit kad (mastercard dan visa sahaja). Selesai pembayaran anda akan mendapat email jika pembayaran anda berjaya.

5. Selepas itu, log masuk di page :  https://www.malaysia.gov.my . Ini adalah  myPortal kalau dari website SSM. Boleh tekan 'ubah'di jika ada sebarang maklumat yang silap masuk semasa mengisi borang. Untuk check borang yang telah dihantar lengkap atau tidak klik pada transaksi yang dibulatkan dalam gambar. Pastikan borang yang dihantar lengkap dan segala maklumat adalah betul.

cara-daftar-ssm-secara-online

Nanti akan ada not submitted, submitted, approved dan ada borang yang anda akan isi samada telah submit atau belum, nama syarikat dan pendaftaran syarikat dah di approve atau belum.

6. Kembali semula ke home page government. Klik My Page untuk maklumat peribadi anda seperti diatas. Seterusnya klik Langkah 3 : SSM- Permohonan kelulusan nama perniagaan (ROB) page SSM atau myGovernment di dalam bulatan di bawah.

cara-daftar-ssm-secara-online

Kemudian akan masuk page macam ni. Klik 'online service' berwarna biru dalam bulatan. 

cara-daftar-ssm-secara-online

Bila dah masuk page baru, boleh klik ok untuk teruskan. Pastikan anda mempunyai adobe reader. kalau tiada silalah install ye.

cara-daftar-ssm-secara-online

Di page tersebut boleh baca maklumat permohonan, segala syarat-syarat untuk nama syarikat dan juga disediakan langkah yang perlu dibuat.

cara-daftar-ssm-secara-online

Langkah 1 : Klik Open Form dan Isi semua maklumat. Jenis perniagaan anda kena jelaskan perniagaan apa yang anda jalankan. Dah siap isi tekan finish.

Langkah 2 : Klik 'tick'

Langkah 3 : Klik Submit

Proses isi borang dah siap kemudian boleh kembali semula ke transaksi yang disebutkan tadi untuk menyemak status borang samada sudah diterima atau tidak. Jika tidak diterima kena ulang semula isi borang. Jika sudah diterima teruskan langkah seterusnya.

Selesai untuk pendaftaran nama perniagaan.

7. Klik Langkah 4 : Pendaftaran Perniagaan Dalam Talian (ROB)

di page SSM atau kalau guna mygovernment klik 'Perkhidmatan Atas Talian' di bawah button My Page

Klik>> Carian Perkhidmatan Atas Talian

taipkan 'rob' di dalam kotak pencarian dan klik cari perkhidmatan. Kemudian klik pada link SSM-Pendaftaran Perniagaan (ROB) 

Kemudian akan masuk page macam ni semula. Klik 'online service' berwarna biru dalam bulatan. 

cara-daftar-ssm-secara-online

Ikut langkah yang telah diarahkan step1-step5.

Step 1 : Open Form A, isi borang pemilikan. Kalau tiada cawangan terus ke step3

Step 3 : Isi Borang Form Owner info (new form)

Page 1
"Name approval no" check di no.5 di atas. Masukkan nombor kemudian verify. Secara automatik akan keluar nama perniagaan yang telah didaftarkan. Semua maklumat telah di isi dan sila check kalau ada maklumat yang tidak betul. Dah betul semuanya boleh klik finish.

Page 2
Untuk jenis perniagaan  tekan search. Taip jenis perniagaan yang anda jalankan.
Ikut step. Klik select. Automatik ape yang kita select tu akan masuk dalam borang.

Dah siap klik finish.

Klik tick dan submit akan terus ke proses pembayaran untuk pendaftaran setahun mengikut jenis pendafataran (sendiri/syarikat) RM60 untuk syarikat. Dan seperti biasa akan dapat email pengesahan pembayaran berjaya atau tidak. Check semula transaksi untuk melihat status borang.

Okay..siap semuanya. Cuma perlu tunggu tunggu approval dari SSM. Bila SSM dah approve anda akan mendapat email yang disertakan sijil perakuan pendaftaran. Proses ini tidak akan mengambil masa yang lama. Sehari je dah boleh siap. Semoga dipermudahkan.

Nanti Fiza akan share cara daftar SSM secara offline pulak ye. Fiza pun berjaya buat separuh je sebab lepas tu ada error bagai dan Fiza kongsikan cara ni setelah google daripada entry yang telah berjaya buat secara online. Harap ianya membantu. Ye lah bagi yang bekerja mana ada mana nak pergi ke SSM waktu office hour kan. Ini je la alternatif yang ada. Semuanya dihujung jari cuma agak pening sikit kot sebab banyak step dan mengambil masa lama jugak tu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles