Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

MAJLIS RESEPSI MOHD AIDIL & AZHAFIZAH : SEPTEMBER ,14 | Kuala Pilah,Negeri Sembilan

$
0
0
Seminggu sudah berlalu majlis sebelah husband Fiza.So dah settle majlis kedua dua belah pihak dan boleh rehat puas puas.Pejam celik pejam celik dah nak sebulan kami sudah menjadi suami isteri. Happy! Seperti yang dirancang,majlis sebelah lelaki buat simple je takde sanding bagai dan lebih kepada gaya santai je kot.

Bertolak dan bersiap siap dari kampung Fiza kat segamat sebab menggunakan perkhidmatan mak andam yang sama.Ok kali ni baju tersempit pulak..sebelah perempuan hari tu oversize,kali ni overfit pulak..Nasib boleh masuk..phew~

Dari Segamat pukul 11pagi cuaca sangat cerah dan bila sampai ke Kuala Pilah dalam pukul 1 petang dah hujan. Nasib baik jugak bila sampai di rumah hujan dah reda cuma hujan sikit je la.Turun kereta pengantin kena payung diri sendiri je la sebab tak budget ada pengapit pun..So yang jadi pengapit ni kira pengapit terjun la namanya..Terima kasih along n mak teh yg sudi jadi pengapit sekejap tu ye :) Thanks juga budak comel baju ungu tu anak buah Fiza terpaksa tolong pegang kain baju pengantin yang overflow tak boleh belah tu..hikss


Sampai sampai je terus ke meja makan beradab.Serius lapar sebab awal pagi dah kena make up without breakfast.=___='

Too HAPPY!

Ni aktiviti wajib ada!


Rombongan family Fiza.Thank you so much sudi mengiring walaupun tak semua yang ada..So sad.


Terpaksa pegang kain sendiri dan heels asyik terbenam dalam tanah..seksa betul..ni bukan santai dah ni..seksa namanya..So far happy sebab dapat kenal dengan semua yang datang ^__^


Sebelum tetamu balik wajib amek gambar dengan pengantin dulu..Gambar bersama kengkawan boleh tengok kat sini [ Majlis Resepsi Aidil & Fiza 14 Sept 2013,Kuala Pilah]

Dah settle majlis terus pergi outdoor kat Istana Sri Menanti.The famous amous place kan.Layannnn~ 



Fake eyelash already cabut..alah mata ni kecik sangat kot.Pakai kejap je dah tertanggal.make up dah tak serupa apa dah..melting! =___=' but I loves this picture much!!!



Romantik tak kami?heee

Last destination dekat kota warisan berhadapan dengan entrance pintu masuk istana sri menanti tu.Alang alang dah pergi situ apa kata turun ke sawah kejap kan.




Ok,tu je nak share.Mana yang sempat datang tu Terima kasih banyak banyak dan pada mereka yang tak sempat datang tu,boleh tatap gambar yang ada ni kan.Kot ada bagi idea kat korang camna ke kan..idea lah sangat..hehehe..Bila dah settle semuanya barulah lega.Alhamdulillah..kini,mulakan tugas tugas isteri untuk suami tercinta.^____^


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles