Ada orang allergik dengan air kerang ni macam husband Fiza. Kena kurangkan masak kerang sebab kesian pulak nanti dia gatal² tapi nak makan jugak tu. Sesekali bolehlah. Kalau makan kerang biasanya Fiza guna sebelah tangan je kopek kerang? Percaya tak? sila imagine macamana? Ke anda semua ada skill macam tu jugak?
Lebih suka makan guna sebelah tangan kanan je tanpa kotorkan tangan kiri untuk mengopek kerang. Hanya guna 3 jari sahaja, ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. Ibu jari dan jari tengah pegang kerang dan kopek guna jari telunjuk. Haa silalah bayangkan. Takde lah nak buat tutorial pun.
Walaupun makan kerang ni leceh tapi kerana kesedapannya memang berlama lah makan tu. Kalau allergik tu janganlah mengada nak makan. Tak pasal gatal satu badan.