Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Buat Tapi Tak Nak Mengaku

$
0
0
Buat Tapi Tak Nak Mengaku? Apa kes pulak ni? Terpanggil pulak nak buat entry berkaitan dengan copy paste. Lately banyak pulak Fiza dengar kisah blogger copy paste entry orang lain tanpa creditkan kepada penulis asalnya. 

stop plagiarism
Sumber dari google
Yang lebih sadis bila blogger tersebut tanpa rasa bersalah mengaku yang entry tu adalah hak milik dan penulisannya sendiri. Kalau ada yang mintak maaf tu okay lagilah. Kalau yang respons baik delete terus entry tu pun kira baguslah. Mungkin sebab dia kurang tahu selok belok blogging atau blogger baru ke kan. Tapiiiii...kalau yang dah tahu tapi buat buat tak tahu, tak nak mengaku memang kes berat dah tu. Siapa juga tak hangin satu badan kan.. Eh sabar sabar.

Pernah terjadi pada Fiza berkali kali orang copy paste design blog sebiji sebiji sebulat sebulat gitu. Bukan setakat design je, pernah juga copy paste sebiji sebulat gitu dengan gambar sekali yang ada watermark tu pun diletak..Apa teruk sangat perangai tu? Kalau dulu memanglah cepat je nak melenting kan. Tak pasal pasal traffic blog naik sekejap. Senang betul nak menaikkan traffic dengan cara macam tu ye? Haipphh...korang jangan buat ye.

Tapi bila difikirkan balik macam malas nak fikir. Dunia internet ni luas. Ini yang kita terjumpa, mungkin ada lagi yang kita tak jumpa kan. Terjumpa sebab berblogwalking tu la..Haaa inilah gunanya berblogwalking pun.

Yang peliknya tu lah bila kita tegur secara private, dia boleh tidak mengaku. Kenapa ye? Kalau dah codingnya semua sama..coding warna pun sama. Kebetulan ke kita design yang sama? Eh..boleh pulak ye? Pernah juga bagi amaran tapi sampai sekarang takde dia ubah apa pun. Yang teruknya kita pulak kena ubah design blog sendiri demi mempertahankan kelainan dan identiti blog sendiri. Sedih pedih... =____='

Peringatan bersama sebagai seorang blogger, kenalah jadi diri sendiri. Tak perlulah nak copy paste entry/design orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Tak dinafikan sebagai blogger memang ada copy paste entry termasuklah Fiza copy paste info untuk dikongsi bersama tapi janganlah lupa creditkan kepada penulis asal. Itu kan lebih bagus dan penulis rasa lebih dihargai dan juga dapat traffic free je kan sebab ada backlink.

copy paste link sumber
Sumber dari google
Kalau iyepun memang copy paste entry/design, mengaku je sudah dan mintak maaf tak perlu bagi alasan yang tak logik. Ada ke yang nak mengaku? Orang lain boleh fikir kot. Kadang kadang kesian dengan mereka yang takde identiti atau inisiatif untuk bantu diri sendiri. Bila dah terkantoi, baru sedar ke?  Fikir fikirkanlah..Belajar dari kesilapan bukan terus buat silap.

Taknaklah mention sesiapa kat sini..Kalau ada yang terasa, sila silalah ubah apa yang patut sebelum ianya terlihat lagi. Hargailah penat lelah penulis/designer yang berusaha menulis dan design. Jangan pandai cedok je. Kalau diri sendiri terkena. Apakah rasanya?

Opsss..terpanjang pulak entry meluahkan perasaan. Apepun kena sabar menghadapi mereka ini..Kalau marah marah kita pulak yang stress, dia relaks je pun..Mungkin ada yang cakap ala copy paste je pun, itupun nak kecoh. Eh..ingat menulis dan design tu guna apa? Kena perah otak okay dan ianya adalah berharga bagi seorang penulis/designer. Boleh je kalau nak jadikan entry tu sebagai sumber idea..karang ayat sendiri kan lebih bagus kan?

Maaf jika ada yang terasa. Tidak berniat apa apa sekadar memberi pendapat dan meluahkan perasaan. Kalau korang ada pendapat tentang copy paste ni sila silalah komen. Kot ada tips ke boleh kongsikan bersama. Boleh extend lagi next entry tentang copy paste ni ^___^.

Kalau Fiza ada silap, sila tegur ye :)

Ingat senang jadi blogger?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles