Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya dapat jugak mak abah menjadi tetamu Allah menunaikan ibadah Umrah. Mengerjakan Umrah bersama dengan saudara mara dari #warisankutik iaitu warisan sebelah mak menggunakan perkhidmatan umrah Zaheen.
Buat pertama kalinya mak abah naik flight dan pergi tempat jauh memang merisaukan tapi ada saudara mara bersama bolehlah jaga jaga mak abah kat sana nanti.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Clik here to view.
Tak semua abang dan kakak ada, tak dapat bersama hantar mak abah atas urusan kerja.
Semoga mak abah diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan umrah. Semoga Allah melindungi mak abah di sana dan Semoga selamat pergi dan balik.
Sebak oii bila tengok mak abah pergi..Nak nangis tapi tahan je boleh? Nangis dalam hati..
Flight pukul 3:15 delayed pukul 3:28
Dari bertolak sampailah mak sampai sana asyik tengok ni je. Alhamdulillah selamat mendarat di Jeddah.
Baru sehari dah Rindu =__='.
Ramai yang menunaikan ibadah umrah kali ni. Moga semuanya berjalan dengan baik. Selamat dan segala urusan dipermudahkan.Aminnn... Moga satu hari ada rezeki menjadi tetamu Allah juga. Dan moga mak abah ada rezeki menunaikan haji pulak..InshaAllah...