Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Al Fatihah

$
0
0
Banyak sungguh dugaan dalam bulan disember ni. Terutamanya dugaan kehilangan mereka yang tersayang dan juga mereka yang dikenali. Paling besar dugaan buat abah sebab hari abah nak pergi umrah ( 17 December 2014) adik abah  yang kamiorang panggil Uteh telah meninggal. Abah memang tak dapat nak melawat.

Balik umrah (28 December 2014) jiran sebelah rumah kat kampung meninggal, abah mak sekali lagi tak dapat jumpa buat kali terakhir. Abah ada belikan jubah untuk arwah. sedih =__='. Walaupun hanya jiran juga merangkap sedara kira rapat juga sebab dari kecik dah berjiran. Jiran yang dah macam keluarga, rajin tegur dan senyum..Kini tiada lagi. 

Hari ni (31 December 2014) adik abah seorang lagi meninggal dalam keadaan abah yang masih lagi tak tak sihat apatah lagi lepas balik umrah ni kan. Bermacam berita yang mengejutkan.

Al Fatihah buat mereka yang telah pergi...
Kita juga dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 yang didapati terhempas di Selat karimata (Laut Jawa). Al Fatihah buat mangsa yang beragama Islam.

Berat sungguh menerima dugaan kehilangan orang yang tersayang. Moga kita tabah menghadapinya. Setiap yang hidup pasti akan mati dan mati itu pasti.

Malam ni InshaAllah akan gerak balik kampung dan akan bercuti lama. Maaf kerja terpaksa ditangguhkan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles