Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Resepi Potato Fritters Mudah dan Cepat

$
0
0
Dah sampai masa untuk minum petang kan? Apakata petang ni kita cuba resepi potato fritters atau lebih mudah dikenali dengan nama 'cucur kentang' yang mudah dan cepat ni. Tak kisahlah untuk menu breakfast ke,lunch ke, tea time ke dinner ke boleh di makan bila bila masa sahaja.


Kalau dah terliur jangan malas malas nak mencuba.

Bahan²
  • Beberapa biji kentang [3 biji atau lebih-bergantung pada besar kentang]
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung gandum 
  • 1 biji telur
  • Daun bawang
  • Daun Sup 
  • 2 tangkai cili merah besar 
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Garam
  • Minyak masak
Cara²
1. Kentang disagat halus,daun bawang dan daun sup dipotong halus,cili api dipotong dadu. 
*Daun bawang dan daun sup boleh letak salah satu. Kalau nak letak dua dua pun boleh.[optional]


2. Campurkan kesemua bahan² [kentang, daun bawang, daun sup, cili merah, tepung jagung, tepung gandum ,telur, serbuk lada hitam dan garam] dalam satu bekas besar.


3. Gaulkan adunan


4. Panaskan minyak. Setelah minyak panas, cedukkan adunan dengan menggunakan sudu besar satu persatu [macam goreng cucur] dan goreng sehingga kekuningan.

5. Toskan potato fritters yang dah siap digoreng di atas tisu masakan untuk menyerap minyak. Siap untuk dihidang :)

Sekali hadap je terus habis ni..


Selamat Mencuba!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles