Kejap betul dah petang ye. Bila dah petang mood buat kerja pun merundum lah. Bagi orang yang berkerja dari rumah ni rileks je la tak perlu hadap jammed tapi cabaran utama bekerja dirumah adalah kena sentiasa rajin. Kau mampu nak rajin sepanjang masa bila duduk rumah? Nampak tak tercabarnya tu.
Takpa, asalkan selesa dan sedap mata memandang dah cukup. Inilah suasana dan ruang kerja Sihatimerahjambu seharian. My office My Home. Memang pilih meja yang besar untuk dua orang. Sebelah tu officemate Fiza, my hubby lah siapa lagi.. Meja tu beli kat kedai perabot yang betul² perabot untuk office area seremban ni harga dalam RM1++. Meja simple je dan berkualiti.
Bila mood rajin dah ada, idea pulak perlu ada bagi seorang freelance designer macam Fiza. Bukan setiap masa ada idea. Kena pulak waktu petang macam ni kan. Oleh sebab itu, suasana kerja dan persekitaran memainkan peranan yang penting untuk buat kerja secara aman, tenang dan berkualiti..cewahh bajet amek course interior designer.
Takpa, asalkan selesa dan sedap mata memandang dah cukup. Inilah suasana dan ruang kerja Sihatimerahjambu seharian. My office My Home. Memang pilih meja yang besar untuk dua orang. Sebelah tu officemate Fiza, my hubby lah siapa lagi.. Meja tu beli kat kedai perabot yang betul² perabot untuk office area seremban ni harga dalam RM1++. Meja simple je dan berkualiti.
Untuk menjimatkan ruang meja tambah table top tu [MICKE Add on unit high] beli kat IKEA, RM150. Mudah boleh letak perhiasan dan document. Pulak tu siap ada white board dan boleh tampal magnet lagi. Senang untuk Fiza tulis atau letak note kerja Fiza.
Kerusi pulak Fiza dan hubby pilih jenis kerusi office, lebih selesa dan tak sakit pinggang bila duduk lama lama tu dan senang bergerak pun kan. Kalau penat boleh sandar sandar luruskan pinggang tu. Yang warna turquoise tu harga RM210, hitam RM110 beli kat kedai perabot.
Accesories lain macam pasu bunga pink dan purple tu beli kat IKEA [PAPAJA Plant pot-RM4.90/each]. Stationery holder saja guna SOCKER Plant pot IKEA juga RM3.90 lebih tahan lama dan besar macam macam boleh letak. Alah beli menang memakai katanya.
Alhamdulillah, suka dengan workspace macam ni hasil dari perbincangan suami isteri demi menjamin kualiti kerja yang konsisten gitu. Untuk mereka yang buat kerja design yang nak mula buat workspace Fiza sarankan beli meja kerusi yang betul² kat kedai perabot sebab lebih berkualiti dan boleh dapat murah lagi lagi kalau ada promotion tu. Kebiasannya kalau beli kat mall memang ada yang murah tapi kualiti tu kena check juga sebab nak pakai lama kan.