Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Tong Sampah Bertutup Cantik

$
0
0
Tong Sampah Bertutup Cantik ni antara sebagai hiasan jugak kot kat dapur. Eh pepandai je nak cakap hiasan bukan untuk kegunaan/keperluan sahaja ke? Tak salah kot kalau letakkan tong sampah bertutup cantik macam ni. Nampak classic tong sampah ni kena pulak dengan warna pastel ni kan.

Sebelum ni kat rumah ada masalah sikit dengan kehadiran cicak suka duduk dalam tong sampah mencari makanan dan bila nak buang sampah tak semena mena dia melompat keluar. Ntah bila dia masuk dalam tong sampah tak tahu le. Kalau melompat salah tempat tak pepasal landing kat kaki pulak.Eiiii..Memang terkejut je la tu...

Itu kes guna tong sampai yang tak bertutup yang dibiarkan terdedah tu. Macam biasa setelah perbincangan dibuat kebetulan ada lah ternampak tong sampah ni yang memang cantik di mata ni. Bukan sahaja cantik malah sangat berbaloi beli. 

Besi yang bukan calang² besi. Sangat berkualiti dan tahan lama. Besar pun besar. Dalam penutup tu ada untuk sangkut kat tepi tong sampah kalau jenuh sangat nak tutup buka. 


Bila dah bertutup ni senang hati dah tak perlu nak terkejut dengan cicak lagi. Plus, kurang bau sikit kalau terbiar buka tu. Tong sampah ni bukanlah kedap pun. Bawah lid ade disediakan getah untuk ditampal supaya bila tutup tu takdelah bunyi gedegang besi kena besi. Kiranya bila bertutup tu ada ruanglah.

Bertambah cantik dapur dengan adanya Tong sampah cantik ni. Sedap sikit mata memandang pun. Ada 2 lagi warna hitam dan soft brown. Hitam dah nampak biasa sangat kan. Soft brown pulak macam kurang menarik. So pilihlah warna pastel yang cantik sangat ni. Harga pun lebih kurang harga dekat mall. Alang alang beli biar yang tahan lama tahan lasak besi dari plastik kan. Biar lama sikit boleh pakai.

 Dapatkan di IKEA okay :) [KNODD Bin With Lid-RM39.90]


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles