Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015 | Blog siapakah yang dinobatkan sebagai Malaysia Best Blog 2015? Sudah pasti blog yang  disukai ramai, mempunyai pembaca yang ramai, keperibadian imej blog juga pemiliknya dan juga niche blog itu sendiri. Baru hari ini berkesempatan untuk menyenaraikan Malaysia Best Blog 2015 dengan menyertai Contest SEO-Malaysia Best Blog 2015 anjuran ohduit.com.

Ini di antara blog pilihan Malaysia Best Blog 2015.

www. denaihati.com : Hidupkan untuk memberi.
 Pemilik : Encik Mohd Ilham & Team Denaihati

Ulasan : Selaras dengan tagline "Hidupkan untuk memberi" Blog denaihati banyak memberi ilmu yang bermanfaat dan nasihat kepada pembaca. Tak hairanlah jika Blog denaihati diantara top 10 blog Malaysia. Bukan setakat ilmu yang berguna malah terdapat banyak  artikel yang menarik dikongsikan bersama pembaca seperti tips blogging, teknologi, travelog, keagamaan, isu semasa dan sebagainya. Selain itu, kejayaan denaihati dalam menganjurkan pelbagai acara,seminar dan pertandingan telah menarik ramai pembaca untuk turut serta. Tahniah buat denaihati kerana telah memenangi Best blog of the year 2012, Most Creative blog 2013 dan Best Personal blog 2013.

www.amanz.my : Informasi Teknologi Terkini
Pemilik : Amanz Network

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ulasan : Bila zaman semakin canggih dengan pelbagai teknologi, haruslah kita kena ambil tahu juga tentang teknologi supaya tidak ketinggalan zaman. Apa yang menariknya pada blog amanz.my adalah sentiasa memberikan maklumat baru mengikut peredaran semasa tentang perkembangan dunia Teknologi maklumat dalam dan luar negara. Paling menarik bila keluar artikel gajet terkini. Memang menjadi sumber rujukan untuk pembaca membeli gajet baru. Siap ada forum lagi untuk sessi pertanyaan dan perbincangan. Senang semua orang dapat maklumat dan sama-sama belajar. Sekalung Tahniah buat amanz.my memenangi Favourite Gadgets Blog 2013.

www.hazmanfadzil.com :  eat-delicious-food
Pemilik : Hazman bin Fadzil
Ulasan : Nak cari makanan sedap di pelusuk negeri dalam Malaysia ni, wajib terjah blog hazmanfadzil.com ni. Pilihan niche makanan untuk blog memang bagus untuk rujukan pembaca sebab rata-rata orang Malaysia memang suka makan dan suka cari makan. Macam macam menu dia sudah rasa. Memang layaklah menang Best Food & Travel Blog 2013.

 www.hasrulhassan.com : hasrulhassan.com
Pemilik :  Hasrul Hassan
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Ulasan : Seorang blogger merangkap house husband yang tidak kedekut memberikan tips blogging, SEO, buat duit online dan banyak lagi kalau dilihat dalam isi blog. Semua yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat membantu blogger blogger baru dalam mendalami ilmu blogging ini. Blogger yang ramah dan sangat membantu blogger lain dalam ilmu blogging ni terutamanya mereka yang menggunakan blogspot. 

www.akupenghibur.com : Jom Senyum Bersama Aku Penghibur
Pemilik : Mohd Izahar Sabtu
Ulasan : Dengan kemenangan Blogger Acik  "winner Best Lifestyle Blog MSMW 2014" memang sudah terbukti jelas bahawasanya Blog Acik memang best dalam penceritaan tentang kehidupan. Banyak Kisah kehidupan yang menarik dikongsikan oleh Acik. Yang penting apa yang ingin disampaikan dapat memberikan kesan dan nilai moral yang positif, Boleh buat kembali semangat membaca cerita yang ditulis.

www.afzalsukasuki.blogspot.com : afzalsukasuki
Pemilik : Mohd Norafzal
Ulasan : Sejak kenal blog afzalsukasuki ni terus jadi suka dengan blog afzal yang memang sukasuki. Penceritaan setiap entry mesti terselit dengan lawak yang boleh buat orang gelak sendiri. Tak nak tergelak pun boleh jadi gelak. Dalam Blog Afzal ni bukan sukasuki ada entry sahaja siap ada novel online tu yang ditulis sendiri. Jarang ada blog macam ni. Bakat terpendam seorang blogger bogger. Kagum betul.

 www.coklateyes.my : Blog Coklateyes by Innanie Ariffin
 Pemilik : Innanie Ariffin
Ulasan : Siapa tidak kenal dengan blogger berdagu runcing ni yang semakin menyerlah dan berjaya ni. Blogger yang petah bila berkata² di dalam blog apatah lagi di luar blog. Memang tidak hairanlah dia boleh jadi pengacara majlis. Mana tidaknya, ambil jurusan undang undang tu. Memang seronok membaca Blog Nanie dengan gaya penulisannya yang santai, kemas, teratur dan mudah difahami. Blog yang banyak memberikan impak yang positif dan inspirasi kepada pembaca.


www.mialiana.com : Mia Liana
Pemilik : Julia Ngah
Ulasan : Di antara personal blog yang mampu mendapat tempat dalam dunia blogger. Walaupun niche blog personal agak general tapi Kak Mia mampu berjaya seperti yang lain.  Setiap hari ada je cerita yang akan di update dan tidak pernah sunyi. Semangat Kak Mia boleh dijadikan contoh untuk blogger yang lain terus rajin dan usaha untuk update blog menjadi blogger yang berjaya. Siap ada protege blogger lagi untuk diberi tunjuk ajar. Memang terbaiklah Kak Mia.

www.ohduit.com : Oh! Duit
Pemilik : Khirol Hazwan
Ulasan : Banyak tips dan panduan perniagaan yang dikongsikan dapat membantu seseorang blogger berjaya dalam membuat duit. Ingin jadi usahawan berjaya boleh baca blog ni. Selain tu kisah isu semasa turun naik harga pun ada diselitkan sekali. Memang betul² berkaitan dengan duit.

Sebenarnya banyak lagi blog yang best cuma di sini Fiza senaraikan 10 sahaja dari pelbagai niche yang berbeza untuk panduan bersama juga dalam menulis blog dan menjadi blogger yang berjaya dan seterusnya berada dalam Malaysia Best Blog juga akan datang. Sama samalah kita usaha ye. Jadikan blog mereka sebagai panduan dan sumber inspirasi.

Apapun setiap blog mempunyai kekuatan dan kelebihan masing². Apa yang penting menulis dengan gaya penulisan sendiri. Tidak perlu meniru identiti blogger yang lain.

“Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.”

#malaysiabestblog2015


T-Shirt Printing Malaysia - FREE Delivery ke Semenanjung


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Trending Articles