Misi utama memang nak buat Ikan siakap 3 rasa tapi semalam nak masak,lupa pulak nak beli nenas.Kes lupa nak listkan barang apa nak beli.So terpaksalah mintak jasa baik kawan kawan suggest apa yang patut replace kalau nenas takde.Apple!Thanks korang bagi idea semalam.Good! nasib ada extra apple left kat rumah ni.Ni First time masak 3 rasa.Mudah dan simple je.Ni ikut resepi suka suki Fiza je la.Bahan bahan senang cari,senang masak..rasa pun sama je.
Ni lah rupanya,ikan tenggelam dek kerana bahan bahan sayur terlebih..heee..
Kalau nak try versi Fiza ni,boleh cuba.
Bahan bahan untuk Ikan:
1 sudu Serbuk pasti sedap knorr
setengah camca garam
* kalau takde serbuk pasti sedap tu,gunakan garam je pun boleh.
Bahan bahan untuk kuah:
Cili dipotong [ikut selera sendiri nak letak berapa,kalau nak pedas letak lebih pun takpe]
1 inci halia di cincang halus
2 batang serai di titik
3 ulas bawang putih di cincang halus
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji tomato di potong empat
1/2 cili benggala
3 sudu Sos cili Thai
1 sudu Sos tiram
1 sudu besar cili kisar*beli yang segera je la
1/2 camca garam
1 sudu gula
1biji apple @1/4 nenas di potong dadu
1/4 biji timun di potong dadu
1 biji carrot di potong dadu
Cara-cara:
Gaulkan 1/2 camca garam dan 1 sudu serbuk pasti sedap knor bersama ikan yang telah disiang dan dibersihkan.Kemudian goreng dan setelah masak ketepikan.
Untuk kuah,tumiskan cili,halia,serai dan bawang putih.Setelah layu dan naik bau masukkan 1 sudu cili kisar,3 sudu sos cili Thai,1 sudu sos tiram dan 1 sudu gula. Jika perlu letakkan sedikit air. Bila dah sebati masukkan 1/2 camca garam.Biarkan seketika,kemudian masukkan bawang besar yang dipotong dadu,tomato,cili benggala,carrot dan timun.Sebelum hampir masak,masukkan apple @ nenas yang dipotong dadu.Biarkan hingga masak.Bila kuah dah siap curahkan je kuah pada ikan yang siap digoreng tadi dan sedia untuk dihidang.Nak lagi cantik,potong halus daun saderi atau daun sup dan taburkan atas ikan.
Simple je kan?Tak perlu la nak cari limau purut ke,sos ikan ke,ape yang ada boleh je pakai.So Lunch ni bolehlah korang try resepi simple ni ye.Ada ke nak mencuba ni?