Projek seterusnya merajinkan diri tanam sayur sawi je la senang. Yang tak senangnya bila takde tanah nak tanam depan belakang rumah dah bersimen, so kena lah beli tanah kat kedai bunga tu RM1 untuk 1 pack tanah. Sesekali kena berbakti pada tanah juga.
![]() |
Benih Sawi RM2.00 |
Kenapa tanam sayur sawi? Sebabnya senang nak petik kalau nak masak megi, dapat sawi fresh lagi tu. Kalau tengok kat mana² jual sawi kemain banyak lagi satu ikat pulak tu kalau nak amek sikit kena pilih² yang mana okay. Sudahnya sikit je pun nak beli untuk buat campur kalau goreng mee ke masak meggi ke, goreng bihun ke..so memang patutlah tanam je dalam pasu ni. Itupun kalau tumbuh dengan baik.. harap² menjadilah kan.
Tanamlah lebih sikit buat backup ikut hari so takdelah semuanya besar sekali dalam masa yang sama. Asal tengok sawi dah cukup besar, masa tu lah baru masak meggi. Eh gitu pulak?
Tanamlah lebih sikit buat backup ikut hari so takdelah semuanya besar sekali dalam masa yang sama. Asal tengok sawi dah cukup besar, masa tu lah baru masak meggi. Eh gitu pulak?
Pokok pandan yang sebelum ni husband tanam hidup subur tapi sebab cuaca panas, mati terus. Takdelah menu nasi lemak nak dibuat. Kalau nak beli setakat 2 3 helai daun pandan kat kedai memang taklah. Kena balik kampung amek benih lagi. Macam ni lah duduk bandar kan, kenalah tanam apa yang perlu. Kalau nak harap beli je kekeadang rasa macam tak berbaloi je. Kena rajin bercucuk tanam bukan bunga je. kan? Cuba jadi macam blogger Nadira jamaludin ni, rajin betul dia bercucuk tanam.