Perabot dari kayu pallet semakin menjadi trend sekarang. Ramai yang mula mencari² kayu pallet yang dulunya orang tak berapa nak pandang sebab macam takde gunanya kan setakat buat alas barang. Tapi kini, permintaan kayu pallet makin tinggi di mana² negeri disebabkan ramai dah mula sedar bahawa kayu pallet ni banyak kegunaanya bak kata kayu pallet serbaguna.
Ramai dah mula kreatif menghasilkan perabot rumah yang sangat luar biasa cantik. Siapa sangka dengan modal yang murah dapat menghasilkan perabot yang cantik dan sangat rare. Tapi atas permintaan dan trend yang makin up ni tak mustahil kalau ada peniaga yang mula menjual dengan harga yang tinggi.
Bagi yang ada bajet lebih dan tiada kemudahan pertukangan memang akan beli yang terus siap, bagi yang kreatif dah tentunya memilih untuk lebih kreatif melihat hasil kerja sendiri. kan? Cubalah tengok betapa kreatifnya mereka menghasilkan perabot yang cantik semua ni.
Set santai luar rumah yang cantik.

Paling suka yang ni. kombinasi warna yang sangat ohsem!
![kayu-pallet-serbaguna]()

Meja simple luar rumah yang cantik

Dinding, meja dan rak dari pallet yang unik

Katil ala² retro

Tak payah keluar modal yang banyak untuk dapatkan set living room yang superb cantik ni

Workspace yang sangat mendamaikan kan..banyak idea kalau dok sini..eh?

Buat rak macam ni pun cantik juga ye
Haa yang ada kasut belambak tu buat rak macam ni pun ohsem!
Eh eh..kucing pun ada katil kayu pallet.

untuk tujuan bercucuk tanam pun boleh.

Banyak juga cafe dah buat decoration menggunakan kayu pallet.

Butik juga tak ketinggalan buat trend deco kayu pallet
Pelamin dari kayu pallet pun hado..Simple dan cantik!
![]() |
Sumber semua gambar dari google |
Memang terlajak laris la jualan kayu pallet sekarang ni kan. Berebut orang nak beli. Tapi kalau yang tepi jalan tu jangan di ambil, kot dikhuatiri di dekati anjing ke kan... Ni nak tanye, kot siapa tahu kat mana nak dapatkan kayu pallet kat area Seremban, Segamat dan Bangi boleh komen nanti ye. Ada contact number pun okay. Fiza pun teringin nak deco deco guna kayu pallet ni. Terima Kasih semua..