Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Benih Sawi dah Bercambah

$
0
0
Hari ke enam biji benih sawi dah mula bercambah dengan jayanya. Lepas ni kena asingkan dalam pasu lain pulak lah barulah dapat membesar dengan baik. Suka betul kalau tanam boleh hidup. Satu kepuasan untuk diri sendiri. Lagi seronok kalau dapat makan hasil tanaman sendiri.

Tak sabar nak tengok sawi ni tumbuh besar. Motif ? Nak guna untuk masak mee goreng ke mee maggi ke. Lebih sedap makan sawi fresh gitu. Kalau nak sentiasa ada stok sawi segar boleh tanam selalu lah ye. Tanam ikut turutan hari bukan tanam sekali banyak nanti kalau banyak tak makan rugi pulak.

Tak payah nak cakap tangan panas tak bolah tanam pokok nanti tak hidup, yang penting rajin. Tu je. baca bismilillah..tapi rasanya kalau benih macam ni memang senang nak hidup kot? Cuba yang pakar tanaman tolong bagi jawapan atau yang ada pengalaman ke..anyone?


Harap² projek tanam sawi ni berhasil. Nanti dah membesar Fiza share lagi progress. Kot boleh tanam minat nak bercucuk tanam pada korang pulak.hehe

Progress 1 : Tanam Sayur Sawi
Progress 2 : Benih Sawi Bercambah


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles