Di Mana nak dapatkan Teh Bunga Kekwa @ Chrysanthemum Tea yang kering untuk dibuat air ye? Dah lama juga mencari nak beli kononnya senang nak buat sendiri je kat rumah. Lebih suka minum suam² macam tu ataupun musim panas ni buat minuman sejuk pun sedap. Lagi menyejukkan badan.
Kalau beli air Chrysanthemum Tea yang dah siap tu macam kurang feel fresh pulak kan. Lagi suka minum air teh bunga kekwa yang ada bunga dalam tu.
Penuh dengan bunga² kekwa |
Banyak khasiat air teh bunga kekwa ni yang menjadi kebangaan masyarakat Cina.
1. Membantu melancarkan perjalanan darah
2. Membantu pencernaan makanan (suam dan tanpa gula)
3. Membantu mengurangkan sakit kepala .
4. Membantu mengurangkan sesak nafas (asma) dan memperkuatkan paru-paru.
5. Menyejukkan badan
6. Membantu mengurangkan jerawat dan ruam di wajah .
7. Didalam teh bunga kekwa @ crysantimun ini juga terdapat kandungan antivirus dan antipirochete (bakteria yang terdapat didalam penyakit siflis dan penyakit lyme) iaitu ciri yang membantu dalam menyembuhkan tekanan darah, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan arteriosklerosis.
8. Membantu mengurangi keradangan hati secara berperingkat.
9. Membantu mengurangkan panas akibat cuaca panas seperti demam, flu dan sakit tekak.
10. Membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangai kemerahan , kekeringan dan gatal pada mata bila diamalkan secara konsisten.
11. Pengamalan yang berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda.
-Sumber dari google
Semalam dapat juga merasa minum air teh bunga ni husband beli kat pasar malam. Selain kat kedai herba Cina ada jual tak kat pasaraya macam Mydin, Giant, Tesco ke? Kalau tahu boleh share kat kotak komen ye. Kalau ada yang tahu kat mana nak beli kat area Seremban lagi bagus...heee
Terima Kasih.