Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Menu Breakfast Yang Sihat

$
0
0
Start minggu ni kononnya nak mulakan makan menu breakfast yang sihat. Dah nak tengahari baru nak cerita pasal breakfast? kesedapan nasi lemak tak kan nak dilupakan pulak? Ehh takde lah lupa terus sesekali boleh je makan, seminggu sekali ke kan.

Untuk setiap hari ni bolehlah kita amalkan menu breakfast yang sihat ni, bijirin² yang terbaik dengan air susu. Jimat sekali boleh minum susu kan. Jimat masa pun ye sebab senang nak sediakan pun. Fiza guna susu tepung dutch lady berperisa madu, senang susu tepung boleh simpan lama dari fresh milk. Rasanya pun sama je cuma lebih manis sikit sebab ada extract madu.


Cakap pasal bijirin @ cereal ni Fiza baru cuba "Great Grains" yang mengandungi multigrain cluster cereal, pecans dan flakes yang setiap satu mempunyai nutrisi yang sihat. Memang sesuai sangat lah kita amalkan pemakanan yang sihat ni terutamanya breakfast sebab kita sebenarnya wajib amek breakfast, Jangan skip. Kalau tak, lunch nanti kita akan berpontensi makan dengan kuantiti yang banyak.

Rasa dia memang sedap rangup dan ada rasa manis sikit. Bukan takde rasa lansung even makan macam tu tanpa susu pun sedap. Boleh buat kudapan lah kiranya. Tak caya, korang boleh beli dan rasa. Harga RM12.++. Fiza tengok cuma ada 1 je jenis kotak yang sederhana besar. Cukup untuk stok seminggu lebih Fiza dan husband.
 
Paling sedap sebab ada pecans tu. Satu lagi, great grains ni sangat sesuai untuk mereka yang amalkan pemakanan yang seimbang dalam erti kata lain diet.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles