Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8019

Mood petang sabtu

$
0
0
Macam lain macam je petang petang ni.Macam takde orang je..Sunyi...sepi nampaknya.Ok fine,this weekend stay kat rumah je la sebab husband Keje.Ye,esok ahad pun kerja.Cakap pasal ahad, bermula next year johor cuti jumaat sabtu.So siapa nak visit Johor datanglah hari ahad.Confirm tak sesak ramai orang. Bagus jugak buat macam tu. At least takde alasan lagi untuk meninggalkan solat Jumaat kan.

Takde istilah cuti this weekend ye.Bila order customer dah siap,sementara tunggu dorang bagi feedback better Fiza design untuk diri sendiri pulak kan.Inilah hasillnya mood di petang hari..
Sempena 3months annyversary kononnya.Cepat betul masa berlalu.Dua tiga hari terasa dunia blogging macam tak semeriah seperti biasa.Mungkin masing masing busy dengan komitmen masing masing.

Sepatutnya hari ni Fiza pergi attend kenduri kahwin adik kawan kat Gemas dan sesambil shoot bersama anak buah Fiza.Tapi tu lah,bila dah dirancang ada yang tak menjadi.Husband pulak kena kerja sabtu ahad ni.Sobs sobs.Dia bagi Fiza pergi dengan anak buah tapi Fiza tak nak sebab nanti kalau dia balik Fiza takde lain macam pulak rasanya kan.Nanti dia balik mesti lapar takde orang masak...Sapa tak sayang suami kan..Tinggal sekejap pun tak boleh..hehehehehe...

Musim cuti sekolah musim orang kahwin.Minggu depan kawan kahwin kat Kuala Pilah.So boleh balik kampung husband sekali kan.Padahal dekat je pun.Tapi disebabkan komitmen husband kerja yang dekat jadi jauh..

Okay,lepas ni nak berblogwalking.Tunggu ya...ke korang sibuk berjalan jalan ni?Untunglahhh

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8019

Trending Articles