Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Contact lens tak dapat dipisahkan

$
0
0
Sebahagian dari koleksi contact lens yang ada.Kira kira lebih dari sepuluh pasang yang Fiza pernah pakai since study diploma dulu.Sebelum diploma dulu and since sekolah form3 memang dah pakai spek.Rabun jauh!Itulah kan hadap PC dan TV jarak dekat selalu.Cuba pakai contact lens pun sebab dah malas nak jaga spek yang selalu je patah lah,pecah lah gara gara suka letak spek merata tempat.Dah malas nak beli spek dan spek.Kalau terpijak atau tertekan sikit je dah boleh jadi senget spek tu.Kalau dah spek senget mulalah pening kepala sebab penglihatan tak stable..Itulah Fiza!

Akhirnya cuba jugak pakai contact lens tapi wajib ada spare spek untuk pakai kat rumah.So pakai contact lens untuk keluar rumah je.Lagipun lagi senang pakai contact lens bile keluar rumah pakai tudung sebabnya kalau pakai spek nanti sure tudung tu kembang ketepi kan..Dah macam muncung rumah. Itu buat Fiza tak selesa. Lagipun bila pakai contact lens ni pandangan luas dari spek. Sebab spek tu surface kanta limited sikit kan.

Lagi bestnye pakai contact lens boleh pakai spek hitam bila drive tengah panas tu.Kalau pakai spek..tak kan nak pakai double spek kot! Haa itu yang tak suka tu. So far selama beberapa tahun pakai contact lens Fiza selesa pakai.Tapi pernah juga  Fiza tak jaga kebersihan lens,Fiza pakai lens waktu panas mata merah merah akibat air solution tu kotor..Ni kes tak sempat nak tukar air.Nasib baik mata okay lepas bukak.Takpe,itu pengalaman supaya lebih jaga kerbersihan.

Kalau pakai contact lens ni kena jaga betul betul mata..Ye lah bukan ada mata gantian.Tak boleh pakai contact lens 24 jam.Mata perlukan rehat.Nak pakai contact lens pun kenalah mata dalam keadaan sihat.Then kena jauhi dari bahan bakar,macam pergi BBQ je jangan sesekali dekat dengan api..contact lens kan plastic.Kalau menyambar terbakar mata boleh bawak buta.So kena pakai ikut keperluan dan tempat ye.

Jangan pulak korang pakai contact lens macam korean lens tu.Bukan berniat nak merosakkan business orang.Cumanya memberi peringatan jaga kesihatan bersama.Kalau nak pakai contact lens kenalah buat pemeriksaan daripada pegawai optometri dulu.Takutlah ade jangkitan ke,penyakit kronik ke.Tak ke naya tu. Jangan fikir cantik je. Kena jaga kesihatan jugak :)

Notapink : susah nak dipisahkan dengan contact lens :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles