Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Isu kisah jodoh,Lana,Johan,Shila Amzah dan budak bawah umur kahwin cerai

$
0
0
Kecoh semalaya kisah johan,lana dan shila ni. Rasanya sejak dua tiga hari ni memang penuh la gossip dengan kisah mereka kan. Sebab mereka artis kan,anything yang mereka buat even cakap pun akan di jadikan bahan untuk gossip.Itulah dunia artis.

So sebenarnya manusia ni sama je.Tak lepas dari kesalahan.Cumanya artis lebih expose kepada orang ramai,lebih dikenali sebab tu jadi bahan buruan media.Lepas tu kalau wartawan tanya,sure para blogger dipersalahkan kerana salah satu batu api dan buat cerita.Kan?So para blogger tak perlu gossip sangat.Kang tak pasal pasal kena saman.Eh,ni bukan gossip ke?Ini sekadar selingan entry isu semasa ye.Blog ni bukan blog gossip indeed :) Sekadar ingat mengingati.

Eh,jangan kata dunia artis je yang boleh buat kontroversi. Yang bukan artis ni kalau buat benda yang luar biasa,confirm jadi bahan bualan.Macam kes perkahwinan bawah umur ni..Tak sampai setahun kahwin dah cerai.Lepas cerai lain pulak ceritanya kan.Malas nak cerita sebab korang dah sedia maklum tahu.Kisah kisah dalam dunia internet ni kita tak tahu cerita sebenar.Ada yang menghentam ada yang menyokong..Korang nak jadi yang mana satu?

Jadilah seseorang yang neutral.Doakan yang terbaik buat mereka.InshaAllah orang lain akan mendoakan yang terbaik untuk kita jugak kan.Cubalah kalau kita di tempat mereka?Mahu sesak nafas dibuatnya kan..Manusia mana yang tak buat silap kan.Kalau kita tak suka orang,jangan ingat orang suka kita.Betul tak?Jaga perhubungan yang baik sesama manusia.Jaga sesama kita. :)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles