Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Segamat dah mula Banjir.

$
0
0
Pagi tadi hujan,dah nak masuk ke petang ni adalah cahaya matahari sikit kat seremban ni.Semalam sampai ke selangor hujan seharian kan.Johor apatah lagi dah 3 hari katanya hujan je.Ikutkan minggu ni nak balik segamat,tapi semalam call mak nak confirmkan banjir ke tak.Mak kata nanti sebelum nak balik call.Kalau banjir tak payah balik.Nanti tak pasal pasal air naik tak lepas balik pulak.

Risau jugak mak dengan abah kat rumah tu.Walaupun rumah tak kena air banjir tapi serupa hidup macam mangsa banjir sebab terputus jalan luar dan terputus bekalan makanan.Hanya mengharapkan bantuan untuk mangsa banjir jugak.Dapat bahan mentah je la..masak sendiri.Kalau kat penempatan banjir tu ade orang masakkan kan.

Apa yang tak bestnya banjir ni,takde lektrik air pulak kotor.Sangatlah tak sihat.Duduk rumah macam zaman purba kala la jawabnya.Tapi kena bersyukur sebab rumah atas tanah tinggi.Tumpang simpati untuk mereka yang rumah dibanjiri air.

Segamat ni salah satu tempat famous banjir kan.Yelah,air dari sungai muar tu melimpah.Pulak tu banyak tempat menakung air dan ada system saluran yang tak betul barangkali..Air tak dapat mengalir.Tu yang melimpah jadi banjir.Inilah keadaan terkini sekitar bandar segamat.Credit picture tu fb group SEGAMAT.


Area KipMart
Area sekolah Kg.Tengah

Kalau hujan berpanjangan,mesti naik sampai ke jalan macam banjir besar sebelum² ni.Sangat menakutkan tengok air banyak macam ni. So musim banjir ni janganlah nak main atau dekat² dengan banjir.Takut nanti apa apa yang tidak di ingini terjadi.Bagi mangsa banjir kena ambil langkah berjaga jaga kalau air semakin naik tu.Cepat bersiap kemas berpindah.Setakat ni dah ramai mangsa banjir berpindah di penempatan banjir.

Bila dah duduk penempatan mangsa banjir kena pulak jaga kesihatan.Yang penting makanan kena jaga.Takut nanti ada penyakit lain yang datang.Sama sama doakan moga kita dijauhkan bencana alam macam ni.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles