Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Majlis pernikahan Imam Muda Naufal

$
0
0
Terasa macam nak baling belakang je ingat kenangan pernikahan bulan august lepas bila tengok gambar gambar kahwin ni. Sebelum nikah dup dap dup dap berdebar.Selepas nikah, Alhamdulillah..legaaaa tapi tanggungjawab itu makin besar dan akan membesar untuk digalas suami isteri. Musim cuti sekolah musim orang kawin. Tak kisah lah rakyat biasa,artis,selebriti,orang orang yang dikenali sekalipun. Kalau jodoh dah sampai maka jadilah ia kan.

Tahniah untuk mereka yang selamat bernikah. Sekarang di Johor,Pahang,Terengganu tengah banjir.Harap² bakal raja sehari di kawasan yang mengalami banjir doa moga² di permudahkan urusan. Ada pengantin bersanding atas sampan je nanti..dah tu tetamu yang datang nak naik apa pulak kan.Harap² air mulai surut.aminn..


Baru baru ni 30 November lepas,Imam Muda Naufal telah selamat bernikah dengan  YM Tengku Hasanah. Majlis yang diadakan secara bersederhana dan indah ni.Simple yet nice. Suka pulak dengan busana ringkas yang sopan dan sedap mata memandang. Alhamdulillah.Tahniah!..Bride to be boleh ikut gaya dan cara macam ni ye.


Kalau nikah,memang elok bertemakan putih. Suci murni memulakan hidup yang baru yang bakal kita tempuh sebagai suami isteri.Lagipun tak perlu nak pening kepala fikir warna apa.Warna putih confirm matching dengan warna apa je.Sekadar pandangan dari Fiza je sebab tu mase nikah dulu Fiza pakai putih..

Notapink : Secara psikologis, pengaruh putih bisa bermacam-macam. Hal ini dipengaruhi terutama oleh kebudayaan setempat. Misalnya di Eropa putih dianggap sebagai sesuatu yang menenangkan, dingin, dan abadi karena berasosiasi dengan salju. Sementara di Indonesia, Putih melambangkan kesucian.-sumber : wikipedia

credit image: beautifulnara | Nadiastudio 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles