Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Tudung bawal Siang Malam Murah

$
0
0

Dalam banyak² tudung yang ada sekarang, Fiza lebih prefer tudung bawal dari dulu sampai sekarang.Even shawl/pashmina lebih banyak tapi tetap lebih suka tudung bawal.Sebab senang nak pakai,tak jarang,tutup depan belakang.Simple yet nice.

Fiza tak suka tudung ekspress tu,yang awning keras.Tak sesuai dengan Fiza kot..cuma ada satu je la warna hitam.Itupun prepare untuk pakai bile nak keluar rumah sekejap,sapu laman ke,poslaju datang ke.Senang nak sarung.Tapi untuk jalan² tidaklah.As I told you before,tak sesuai dengan Fiza kecuali shawl dan tudung bawal je yang sesuai..

Sekarang tudung bawal dah ada macam² jenis dan size kan.Tapi yang terbaru Fiza jumpa,yang 2 sided.2 in 1 means dalam lain luar lain,boleh pakai dua² belah.Tudung bawal siang malam katanya.Wow! Ini sudah jimat! Sebelum balik dari melaka sempat singgah ke Mydin Jasin. Dapatlah borong tudung bawal kat situ. Excited nak beli sebab bukan senang dapat tudung bawal 2 sided yang murah ni..Kain bawal ni tak jarang, size bidang besar dan banyak corak menarik.Luar dalam lain.Meh ni nak tunjuk.
Cantik corak dan warna kan..Bila ada tudung bawal macam ni tak perlu beli tudung banyak² kan.Rasanya dah banyak blogshop dah jual tudung bawal siang malam ni kan.Ada sesape tahu..please share.Ni Fiza beli kat stall tudung kat luar Mydin Jasin.RM15 sehelai.Murahlah tu kan.Rugi tak beli..hehehe..Tapi takde pulak warna pink..sigh~

Kalau beli online mostly RM20/pcs kan?Sesiapa dekat Jasin tu bolehlah borong kan..Kat Jalan TAR mesti lagi murah kot.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles