Sebenarnya baju ni sumber inspirasi dari Kak Liyana Zainal dan di realisasikan oleh KabuCloset yang ownernye adalah ex-dormate Fiza masa Sekolah Teknik dulu.Mula mula memang nak order je pada Kak Liyana tapi disebabkan masa tu tak decide nak warna apa dan dia pun busy dengan banyak tempahan.So Fiza beli kain,pilih kain sendiri sampai puas hati dan hantar tempah pada kawan Fiza tu.Google punya google sampai terberkenan dengan design camni.Plus,sekarang memang tengah hot fesyen ni kan.Why Not I try juga kan.
Tempahan online je.Kain yang dibeli di pos je ke johor sebab Fiza memang tak de masa nak balik johor.Kalau balik pun belum tentu jumpa dia.So urusan online je la.Cuma ukuran tu kena ukur baju dibadan sendiri la kan.Ni Fiza attach ukuran untuk baju peplum.Boleh refer kat sini ye.
Alhamdulillah apa yang di impikan jadi kenyataan.I'm Happy to wear it.Cuma rasa rasa lepas ni kena kurangkan sikit jelly belly dalam badan tu..Errghh..Gambar bawah ni lepas kawan Fiza siapkan.Excited dia test kat mannequin ni ha terus tag kat fb.Kain asal adalah kembang payung.Tapi bila Fiza test macam tak sesuai lak.Nasib ada kain lebih so buat kain lagi satu yang tak berapa nak kembang.Baju dan kembang,kalau kain kembang bertambah kembang lak kan..So biasa biasa saje more better.
Dalam gambar ni nampak warna lain lak tapi in real warna pink belacan orang panggil. |
Untuk budget full budget lak korang boleh refer budget ni.Full dress!
Kain pasang : RM18.90 x 5meter= RM94.50
Kain Lace : RM58 x 1.5meter=RM87
Upah jahit =RM1++
postage : RM20[two way]
Tudung bawal : RM35 [Plain bawal with diamond]
veil and accesories : sponsored by MUA Gincu Merah Bridal
Kasut : PRIMAVERA RM9+
Estimate total =Almost RM500
Nak jimat lagi,sewa je semua.Tapi lebih puas hati kalau buat sendiri kan.^___^.Pada sesape yang nak tempah jahit baju boleh contact kawan Fiza ni.Gerenti terbaik punya!
Harap entry ni menjawab segala persoalan yang ditanya kan sebelum ni.Masih ada yang kurang?inform Fiza ye.
Notapink : Terima kasih kepada semua yang merealisasikan apa yang Fiza mahu dengan izin Allah SWT.Syukur ^__^Errr...baju nikah nak buat camna pulak?heeee