Event meriah dengan booth² yang ada. Blogger tak berapa nak ada sebab ramai joined seminar dalam dewan/room maybe.Tak dan tunggu habis event.Fiza cuma register,amek goodies bag dan jalan² melihat kawasan je sebab banyak tempat nak dituju lagi kan.Tak sempat sangat pun nak berbual mesra dengan kawan² lain.Dorang dah biasa join event but I am not.
Suasana di meriahkan lagi dengan artis yang ada,Marsha,Sharifah Sakinah,Ally Iskandar..Iqram tak pasti ada ke tak.Gambar?Sorry saya jarang expose bergambar dengan retis..hehe..Takpe,posing sini budget retis pun bolehhh..budget red karpet kan..Hari ni lari tema dari blog..Si hati purple jadinya..
Second time met her! Uzu a.k.a EmasPutih..Dia memang tak lari tema..Pink memanjang..Jeles I!Maintain comel..eh sama pulak tema hari ni dengan tema pasley Blog Uzu.
Si cantik manis ayu sopan bergaya ni Blogger farisya.Kalau nak tahu dia ni second admin Fanpage Blog Azhafizah.Kalau Fiza busy,dialah yang handle update post tu.Nak kenal lagi singgah ke Blog Farisya.
Abang hensem ni katanya.Ni confirm korang terlebih kenal kan.Broframestone!Dulu dok setaman dengan dia kat rawang.Itupun tak pernah jumpa,ni lah baru ade rezeki jumpa.Bro ada tercalon dalam Best pesonal blog tapi rezeki memihak kepada blog denaihati.com.Tahniah untuk pemenang! Ape pun bro sangat friendly seramah Blog framestone.
Ini je la blogger yang sempat Fiza jumpa.Kiri sekali tu Ery [Blog Ery] (Bf Puteri Awani yang dalam video couple seminggu tu) Nak jugak mention ni..haha..Bertudung Pink tu Tya [Blog Tya],comel je orangnya.Pink jugak tu! Tengah² sekali Uzu [Blog uzu] dia memang pinky!Yang bertemkan purple tu kalau tak kenal tak tahulah kan.Sebelah kanan sekali tu Khai budak pacak [Blog budak pacak] baru first time kenal semua ni ni kecuali Uzu..hehee...
Yang ni pun baru nak kenal je :)
Alhamdulillah dapat jumpa blogger lain even spend masa kejap je.Thanks semua yang so friendly tak kekwat orang kata.Kenangan ni.Lagi satu kenangan best dapat goodies bag.Ada Tshirt,tag,id card.Malangnya number tak bertuah semalam.huhu..Gambar blurr..apesall??hehe.silap setting DLSR pastu malas nak snap dah..kemain malas lagi.
Thanks blogrrr untuk goodies and congrats berjaya buat event ni. At least komuniti blogger dapat dikembangkan dan berjaya. Thank jugak untuk blogger yang sudi exchange Name Card.Happy been there yesterday! Dapat pengalaman tu :) Hope dapat join next event! Seronok dapat join dan jumpe mereka!Thumbs up blogrrr!