Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Ubat dan Red Velvet Cake

$
0
0

Tajuk pun boleh mixed manglish [malay+english] eh?Lantak le asal boleh faham sudah.Since 2 3 hari ni rasa lain macam je,kuat betul gegaran medula oblongata ni.Siap berdenyut² lagi tu.Lagi tahan lagi sakit.Ni la effectnya dari sakit yang dulu.Kalau nak tahu boleh baca cerita #1 dan cerita #2.

Itupun kalau korang nak tahu.Jangan pepandai pulak buat assumption sendiri pulak lepas tengok gambar ubat ni.Jangan pulak ucap tahniah atas ehem ehem ni..belum masanya.

Nak tak nak terpaksalah pergi klinik jugak malam tadi dari menahan sakit.Luckily ada klinik panel.So boleh cut cost kat situ dah.Jimat!Sebenarnya almost 10 times jugak pergi klinik ni.Klinik kerajaan swasta semua dah pergi tapi penyakit tu tak sembuh² jugak..makan ubat dia ok,lama sikit jadik balik.Sebab tu bila baru² ni tak makan ubat habis sebab benda yang sama je jadi.Dah tak pepasal husband bising tak habiskan ubat..Ye la sapa tak sayang bini kan

So nekad,kali ni nak betul² makan ubat on time dan habiskan! janji okay! Bila kepala dah weng² camni.Rasa nak tidur je la.Lagi² bila dah makan ubat tu.Selama ni happy go lucky je tahan..bila datang time sakitnya tu..Makk aii..nak tutup mata time tu.Nak tidur baru tak sakit.

Yang bestnya time sakit² ni la boleh dapat memacam kan?heee..berlakon over sakit.Tapi memang sakit pun..Dapat jugaklah Red Velvet Cake malam tadi.Sebut je dah dapat..Thanks hubby!Kalau time sakit tu ade je mengidam makan memacam kan..cliche~

Alhamdulillah doktor cakap tak serius pun cuma lepas ni just makan ubat je la.Fiza pun still larat buat kerja macam biasa tapi bila sakit tu memang Fiza surrender rehat and tidur je la.Hari ni kena siapkan order lagi.Harap otak boleh berfungsi berkerjasama dengan baik hari ni.Berblogwalking macam biasa.Tak larat stop dulu,petang ke malam baru sambung ye :)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles