Ni bukan nak cerita pasal sakit ye.Berbalik pada tajuk tu Fiza nak share blog masakan yang dihasilkan oleh blogger yang sememangnya pandai memasak dan ada juga resepi yang di copy paste ke dalam blog untuk dikongsi.Tak kisahlah copy paste ke apa asalkan dapat berkongsi benda yang berguna kan.Bukan copy paste gossip..huhu..
Memandangkan Fiza pun suka memasak dan mengolahkan resepi mengikut kesesuaian so Fiza nak share lah blog masakan yang boleh korang terjah untuk reference memasak korang and untuk Fiza jugak.Masih belajar memasak jugak ni.Jom kita terjah blog bloggers ni.Ada yang di share kat fanpage blog azhafizah dan ada juga pilihan Fiza sendiri.
Jangan terjah je,Lebih baik mencuba dari tak cuba lansung dan takde inisiatif untuk belajar memasak.Lelaki ke perempuan same je,pandai masak sikit pun takpe.Asal tahu basic dah mengcukupi,bukan suruh jadi chef hebat pun.Sekadar menikmati masakan sendiri.Jangan esok dah kahwin baru nak belajar memasak..gelabah lah time tu nak cari resepi..hehehe..
Ok,kalau takde idea nak masak hari ni,try le usha kat link blog masakan tu ye.Bukan setakat masakan biasa je.Luar biasa pun ada.Segala jenis cookies,roti,kuih muih,kek,makanan diet dan macam macam lagi.Teruja tak dengar?heeKalau nak cuba resepi dari Fiza pulak boleh click pada menu button recipes kat bawah header blog tu ye.