Negeri Terengganu mempunyai banyak tempat tempat menarik untuk percutian terutamanya keindahan pulau pulau yang cantik. Selain itu, keistimewaan terengganu adalah kain songket, dimana songket Terengganu ni sangat halus buatannya. Tak hairanlah kalau kain songket mahal. Husband Fiza beli kain sampin satu pun dah cecah RM500. Tapi berbaloi membeli sebab songket dia cantik, halus tenunannya dan berkualiti.
Terdapat banyak lagi tempat menarik di Terengganu yang boleh dikunjungi oleh pelancong seperti tempat bersejarah, pantai peranginan, air terjun dan lain-lain lagi. Jika merancang untuk bercuti ke Terengganu, jom singgah ke tempat tempat menarik di Terengganu. Ganu kita!
Tempat Tempat Menarik di Kuala Terengganu
Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Muzium Negeri Terengganu
Sebuah muzium yang besar terdiri dari Muzium Utama, Muzium Maritim dan Muzium Perikanan. Diperkarangan muzium ini terdapat rumah-rumah tradisional yang dihiasi dengan lanskap yang sangat menarik. Di dalam muzium terdapat Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri Diraja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum, Galeri Sumber Alam dan Ekonomi, Galeri Taman Laut dan Perikanan, Galeri Pelayaran dan Perdagangan.
TamanPanorama/Bukit Panorama
Bukit Panorama merupakan kawasan rekreasi menarik di Kuala Terengganu. Pengunjung boleh melihat penorama indah bandar Kuala Terengganu dari puncak bukit ini.
Masjid Kristal
Masjid Kristal mempunyai rekabentuk yang sangat menarik. Ia dinamakan Masjid Kristal kerana selain besi, ia dibina dengan kristal.
Dataran Shahbandar
Terletak di muara Sungai Terengganu, pengunjung boleh melihat pemandangan menarik bot-bot nelayan yang ditambat berderetan ditebing sungai. Disini juga terdapat banyak kedai makan yang dibuka dari petang hingga ke malam.
Pasar Besar Kedai Payang
Terdapat berbagai barangan dijual disini seperti pakaian, makanan, kuih tradisional, kain batik, songket Terengganu dan bermacam-macam lagi. Pasar ini terdiri dari bangunan dua tingkat dimana bahagian bawah menjual makanan kering dan basah seperti ikan segar, ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Ditingkat atas pula terdapat pakaian, batik, songket dan gerai makanan.
Bukit Puteri Kuala Terengganu
Ia adalah tempat bersejarah yang pernah dijadikan kota pertahanan dizaman dahulu. Berbagai kisah menarik mengenai Bukit Puteri.Diatas bukit ini terdapat beberapa artifek silam peninggalan sejarah seperti meriam, genta, rumah api, makam dan tiang bendera.
Waterfront Kuala Terengganu
Taman rekreasi yang menghadap Kuala Terengganu. Pengunjung boleh bersantai melihat pemandangan menarik Pulau Duyung dan bot-bot nelayan yang melalui kuala sungai. Terdapat pondok-pondok untuk bersantai, gerai makanan dan tandas untuk kemudahan pelancong.
Terrapuri Heritage Village, Kuala Terengganu, Terengganu
Reka bentuk binaan vila penginapan ini diilhamkan daripada seni bina istana Terengganu pada abad ke-17, vila penginapan yang menghadap Setiu Wetlands dan Laut Cina Selatan ini berkonsepkan gaya klasik dan tradisional yang cukup unik. Menariknya, vila yang dibangunkan dengan kayu sepenuhnya di kawasan seluas 4 hektar dibina tanpa mengguna paku.
Kampung Cina (Chinatown), Kuala Terengganu.
Perkampungan Cina (Chinatown) yang paling popular di Malaysia yang biasa kita ketahui adalah Petaling Street di Kuala Lumpur dan Jonker Walk di Melaka di mana para pelancong dapat melihat ciri-ciri tradisi dan kebudayaan kaum Cina di Malaysia. Bagi yang pernah ke Lebuh Armenia, Pulau Pinang dan Art of Old Town, Ipoh , wajib singgah ke Jalan Kampung Cina. Langkah anda pasti berhenti di setiap lorong di celah-celah deretan bangunan kedai-kedai lama kerana terpegun dengan lukisan mural berwarna-warni malah ada yang punya ceritanya sendiri.
Lorong Warisan Dunia misalnya memaparkan mercu tanda dunia yang terkenal seperti Taj Mahal manakala ruang udara di Payung Lane pula dihiasi dengan susunan payung beraneka warna dan di dinding Lorong Kenangan pula tergantung plak-plak tokoh masyarakat Cina yang pernah berkhidmat dengan kerajaan negeri. Asyik berjalan dan mengambil gambar, tanpa sedar anda sudah pun berada di kawasan Pasar Payang.
Kompleks Kraf Noor Arfa.
Selain menjual produk batik, NACC juga turut menjual pelbagai jenis produk batik dan kraftangan usahawan-usahawan kecil melalui program 4PU iaitu Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan. Maka jika anda berkunjung ke NACC, semua produk yang ingin dimiliki untuk dijadikan cenderamata atau kenangan dan sebagai koleksi peribadi boleh didapati disini tanpa perlu ke tempat lain.
Pulau Warisan - i-City Terengganu.
Terdapat jambatan ikonik Pulau Warisan yang mirip seperti jambatan di Putrajaya. Tempat ini lebih dikenali sebagai i-city(seperti i-city Shah Alam) dikalangan penduduk setempat memandangkan suasana yang hampir serupa yang dipenuhi dengan replika pokok tiruan yang beraneka warna dan disinari lampu LED pada waktu malamnya.
Tasik di Terengganu
Tasik Kenyir merupakan tasik paling popular di Terengganu. Ia adalah sebuah empangan janakuasa elektrik yang mempunyai kawasan takungan air seluas 38,000 hektar. Terletak di kawasan barat Hulu Terengganu, kira-kira 55 KM dari bandar Kuala Terengganu. Tasik Kenyir sangat popular sebagai tempat memancing. Berbagai spesis ikan air tawar boleh didapati disini. Tasik Kenyir juga terdapat banyak air terjun. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan disini ialah berkelah, berakit dan merentas hutan melihat keindahan alam semulajadi yang kaya dengan flora dan fauna.
Santuari Kelah Sungai Petang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir. Jarak perjalanan ke Santuari Kelah ini dari Pengkalan Gawi ialah 21 km dan mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Sekiranya anda melalui Jenagor, jarak perjalanan lebih dekat iaitu 16 km sahaja. Selain memberi Ikan Kelah makan, anda juga berpeluang untuk memegang dan mencium Ikan Kelah. Ikan Kelah memberi tindak balas apabila dipegang. Walaupun hidup secara liar, namun Ikan Kelah ini tetap jinak dengan pengunjung.
Pulau Pulau Menarik di Terengganu
Pulau Kapas
Salah sebuah taman laut yang tercantik di Malaysia. Ia dinamakan Pulau Kapas kerana pasir pantainya yang putih seperti kapas. Air lautnya jernih dan alam semulajadinya masih belum tercemar. Resort dan chalet turut disediakan di pulau peranginan ini. Pelancong yang ingin ke sini boleh menaiki bot dari Marang. Perjalanan mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja.
Pulau Perhentian
Pulau ini mendapat nama kerana sering dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora ke Terengganu. Ia juga dijadikan tempat nelayan berlindung dari gelora ombak besar dan angin kencang. Lantaran itu ia dipanggil Pulau Perhentian.Tarikan pelancong ke pulau ini ialah kecantikan pemandangan dalam lautnya serta aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan seperti snorkeling, scuba diving, jet ski dan lain-lain.
Pulau Redang
Sebuah lagi pulau menarik di Terengganu yang diwartakan sebagai Taman Laut negara. Pulau Redang menjadi destinasi popular pelancong dalam dan luar negara kerana pulaunya yang cantik, air yang jernih dan pantai yang bersih. Pantai yang terkenal di Pulau Redang ialah pantai Pasir Panjang. Di tepi laut Pulau Redang ini bersemadi dua buah kapal bersejarah iaitu H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse semasa perang dunia kedua. Anda boleh menaiki bot dari Marang atau Kuala Terengganu untuk ke pulau ini.
Pulau Lang Tengah
Salah satu pulau yang ada di Terengganu.
Pulau Gemia
Pulau persendirian yang terletak berhampiran Pulau Kapas, Terengganu. Pulau percutian yang berkonsepkan satu resort satu pulau.
Antara pulau yang ada di Terengganu. Semakin popular untuk aktiviti berkayak dan snorkeling.
Pantai Pantai Menarik di Terengganu
Pantai Teluk Bidara
Pantai Teluk Bidara terletak di Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara, Dungun, Terengganu, tidak jauh dari Kuala Dungun. Pantai-pantai di Dungun banyak yang berbatu, termasuklah pantai ini. Anda juga dapat melihat Pulau Tenggol di kejauhan dari pantai ini. Kemudahan-kemudahan asas seperti tandas, tempat berteduh, taman permainan kanak-kanak ada disediakan di sini.
Pantai Kuala Ibai
Pantai Kuala Ibai terletak di kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu, kira-kira 5km dari bandaraya Kuala Terengganu. Biasanya kawasan-kawasan mengabang / muara yang bersambung dari laut ke sungai akan terjadi lorek-lorek pada pasir ketika air surut.
Pantai Batu Kelulut
Pantai Kelulut Marang Terengganu - Satu tempat peranginan menarik di Terengganu. Tak jauh dari Kuala Terenganu dan merupakan satu tempat tarikan pelancongan yang tersohor di Terengganu.
Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk sudah begitu popular sejak sekian lama, kedudukannya tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu menjadikan ianya mudah untuk di kunjungi oleh para pelancong. Dengan deretan pohon-pohon rhu dan tiupan sejuk segar angin Laut China Selatan menjadikan pantai ini sebagai lokasi pilihan untuk beristirehat ataupun berkelah.
Pantai Tok Jembal
Pantai Airport
Pantai Mengabang Telipot
Pusat penetasan penyu/Pusat Santuari Penyu Rantau Abang
Pantai Batu Rakit Teluk ketapang
Pantai Merang
Pantai Penarik
Pantai Bukit Keluang
Pantai Kemasek
Air Terjun di Terengganu
Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi, Terengganu
Kebiruan Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi di daerah Dungun, Terengganu ni. Sekali tengok terus rasa macam nak pergi je bermanda manda bersama.
Air Terjun Sekayu
Terletak di Taman Pelancongan Sekayu, Hulu Terengganu. Air terjun yang sangat cantik ini adalah salah satu tempat menarik di Terengganu yang paling popular. Airnya jernih dan dingin menyegarkan. Ia menjadi tumpuan pelancong luar yang datang ke Terengganu dan juga merupakan tempat perkelahan dan rekreasi penduduk setempat di hujung minggu.
Lata Tembakah
Hutan Lipur Chemerong
Hutan Lipur ini mampu menarik para pengunjung dari dalam dan luar negeri kerana terdapat beberapa keistimewaan yang terdapat di sini seperti kawasan hutan yang masih dara dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Sungai yang bersih dengan jeram dan air terjun yang cantik dan kolam-kolam semulajadi yang sangat sesuai untuk bermandi-manda serta berenang samada secara bersendirian, berkeluarga ataupun berkumpulan.Di antara aktiviti-aktiviti lain yang dapat dilakukan oleh para pengunjung ke hutan lipur ini ialah berkhemah, merentas denai, mendaki gunung dan bersiar-siar.
Sungai Bangang
Sungai Bangang terletak dalam kawasan Hutan Lipur Cemerong.
Air Terjun Lata Payung
Air terjun Lata Payung terletak di Hutan Lipur Lata Payung di daerah Setiu sempadan Besut, Terengganu. Terletak 25 km dari Bandar Seri Langkap melalui Jalanraya Seri Langkap-Kampung Payong Baru dan 65 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Untuk sampai ke sini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Seri Langkap. Untuk sampai ke kemuncak air terjun ini, perlu meredah laluan yang telah disediakan. Ada yang mengatakan bahawa air terjun disini adalah antara yang tercantik di negeri Terengganu, tetapi kurangnya promosi dan kedudukan yang agak terpencil menyebabkan destinasi ini kurang popular berbanding Air Terjun Sekayu dan Air Terjun Chemerong.
Belukar Bukit
Air terjun Belukar Bukit agak kurang di sebut dan popular dikalangan pelancong luar.Bagi penduduk tempatan tempat perkelahan ini menjadi pilihan mereka terutamanya bagi yang membawa anak-anak kecil kerana faktor keselamatan. Sungai jernih yang mengalir pada penghujung air terjun menjadi pilihan mereka yang berkeluarga untuk berkelah dan bermandi manda bersama anak-anak kerana ianya lebih selamat dan tidak perlu berjalan terlalu jauh daripada tempat meletak kenderaan.
Air Terjun Saok, Tasik Kenyir.
Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir.
Air Terjun Sungai Buweh, Tasik Kenyir.
Air Terjun Tambat, Tasik Kenyir.
Air Terjun Pertam, Tasik Kenyir.
Lata Belatan
Hutan Lipur Lata Belatan terletak di daerah Besut. Ia merupakan pintu masuk utama kepada para pendaki ke Gunung Tebu. Pelbagai kemudahan asas juga disediakan seperti gerai, tapak perkhemahan, dan tandas yang dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian Gunung Tebu, bermalam, dan lain-lain aktiviti, sila berhubung dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk adalah dikenakan kepada pengunjung.
Bukit dan Gunung di Terengganu
Gunung Tebu, Jerteh
Jadi tumpuan pendaki tempatan dan luar negara kerana keunikan bentuk muka buminya yang sangat mencabar dengan ketinggian 1,039 meter. Sepanjang pendakian hampir 10km yang memakan masa antara 6 hingga 7 jam untuk sampai ke puncak, pendaki boleh singgah ke Hutan Lipur Lata Belatan, Batu Mat Hasan , Jendela Pandang, Batu Mahkamah, Batu Pelana Kuda dan Batu Madrasah yang menyajikan panorama indah serta flora dan fauna yang masih terpelihara. Dari puncak, pendaki dapat melihat dua pulau yang terkenal iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
Bukit Keluang
Gunung Lawit
Gunung Lawit merupakan sebuah gunung yang mempunyai ketinggian setinggi 1,519 meter.Gunung Lawit mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane.
Gunung Gajah Terom
Gunung Gajah Terom merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Gunung Gajah Terom mempunyai ketinggian setinggi 1,206 meter (3,958 kaki). Gunung Gajah Terom mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Tempat menarik yang lain di Terengganu
Perkampungan Nelayan Seberang Takir
Jika ingin merasa pengalaman berada dalam kampung tradisional, seawal pagi anda boleh menaiki bot penambang dari Pasar Payang menuju ke Seberang Takir. Setiba di sini, anda dapat melihat kegigihan penduduk kampung meneruskan kehidupan seharian dengan sumber daripada hidupan laut. Setiap pagi, kaum ibu akan duduk beramai-ramai menghasilkan keropok lekor bermula daripada proses menyiang ikan hingga siap direbus sebelum dipasarkan ke Pasar Payang.
Taman Awam Lagun Kuala Ibai
La Hot Spring, Besut
Setiu Wetland
Pasar Cabang Tiga
Masjid Hadhari
Paling teruja tengok laut, pantai, air terjun di Terengganu yang memukau mata. Cantik sangat! Pergi terrenganu wajib pergi Pulau Pulau yang cantik ni dan jangan lupa pekena keropok lekor, ikan celup tepung, sotong tepung, dan bermacam macam makanan sedap yang ada di Terengganu ni. Jomlah kita bercuti di Terengganu.