Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai alam semulajadi yang cantik seperti tanah tinggi, hutan lipur, gunung, gua, tasik semulajadi, pantai dan juga pulau. Oleh sebab itu, Pahang banyak tempat tempat menarik untuk percutian atau aktiviti lain. Tempat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia hampir semuanya berada di negeri Pahang.
Tanah Tinggi Cameron/Cameron Highlands
Destinasi percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Terdapat ladang sayur-sayuran, buah-buahan, ladang teh, bunga, herba dan bermacam-macam lagi. Antaranya :Ladang Teh Boh Sungai Palas, Royal Berry Farm, Pasar Malam Brinchang, Kea Farm, Ladang Teh Boh, Ringlet, Taman Agroteknologi Mardi, Tanah Rata, Kg.Tradisional Taman Sedia, Tanah Rata, Ladang Teh Bharat, Tanah Rata, Gunung Brinchang , Gunung Berembum, Cactus Point
Genting Highland
Taman tema yang paling popular di Malaysia dan mempunyai berbagai jenis permainan. Genting Highland adalah lokasi sesuai untuk percutian keluarga, honeymoon, atau bersuka-ria bersama rakan-rakan.
Bukit Tinggi
Bangunan-bangunan cantik bertemakan Perancis dan cuaca sejuk di sini seperti berada di luar negara. Terdapat taman arnab, botanical garden dan lain-lain tempat menarik menjadikan Bukit Tinggi destinasi sesuai untuk percutian keluarga. Antara tempat menarik di Bukit Tinggi adalah : Colmar Tropicale, Japanese Village, Botanical garden, Rabbit farm
Bukit Fraser
Sebuah lagi tempat peranginan tanah tinggi mempunyai bangunan cantik ala England, memerhati lebih 260 spesis burung, berkayuh di tasik, merentas hutan, taman flora, ladang strawberi dan macam-macam lagi aktiviti menarik untuk memenuhi percutian anda di peranginan tanah tinggi ini.
Bukit dan Gunung Lain Yang Menarik di Pahang
Bukit² dan gunung² berikut sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti mendaki gunung, atau meredah hutan menikmati keindahan alam semulajadi. Pahang mempunyai banyak gunung dan bukit yang cantik dan menarik.
Gunung Tahan
Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter) , merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeriPahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Gunung Irau
Gunung Irau merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur, Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,110 m (6,924 kaki). Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Cameron Highland. Gunung ini terkenal kerana hutan lumutnya. Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Pine Tree Trail Bukit Fraser
Pine Tree Hill yang terletak di Bukit Fraser ini berada pada ketinggian 4,777 kaki (1,448 meter) atas paras laut. Gunung ini mendapat nama dari nama trail/trek untuk ke gunung ini iaitu Pine Tree Trail dan penghujung trail/trek ini adalah gunung itu sendiri
Gunung Berembun
Cameron Highlands.
Gunung Jasar
Terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Pendakian mengambil masa 3 jam untuk sampai ke puncak.
Gunung Perdah
Terletak di sebelah Barat Laut bandar Tanah Rata. Pendakian selama dua jam untuk sampai ke puncak.
Gunung Rajah
Terletak di daerah Bentong. Banyak flora yang bernilai untuk perubatan boleh ditemui disini.
Gunung Tapis
Terletak di hulu Sungai Lembing, Kuantan. Mempunyai banyak flora yang ada nilai perubatan.
Gunung Benom
Terletak di sempadan daerah Jerantut dan daerah Raub. Merupakan gunung kedua tertinggi di negeri Pahang.
Gunung Gagau
Terletak bersebelahan Taman Negara. Anda perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa Taman Negara untuk kesini.
Gunung Senyum
Terletak di daerah Temerloh iaitu di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang. Selain dari keindahan pokok-pokok yang menghijau dan berbagai jenis flora dan fauna, disini juga terdapat banyak gua-gua yang menarik.
Gunung Lerek
Gunung setinggi 817 meter ini terletak didaerah Maran, Pahang. Bandar yang paling hampir ialah Bandar Maran dan Bandar Pusat Jengka.
Gunung Serudom
Juga dipanggil Gunung Serudum terletak dalam Hutan Simpan Berkelah, berhampiran Bandar Gambang, di daerah Kuantan, Pahang.
Gunung Palas
Terletak di daerah Raub, Pahang. Gunung ini memiliki ketinggian 1,527 meter.
Gunung Pulang
Gunung ini memiliki ketinggian 1,063 meter.
Gunung Ulu Bakar
Gunung ini memiliki ketinggian 1,391 meter.
Gunung Irong
Gunung ini memiliki ketinggian 1,190 meter.
Gunung Ulu Kemapan
Terletak di kawasan Taman Negara Endau-Rompin. Gunung ini memiliki ketinggian 854 meter.
Gunung Bujang
Gunung ini memiliki ketinggian 1,771 meter.
Bukit Panorama
Di sinilah tempat yang paling menarik untuk melihat matahari terbit di awal pagi. Ramai yang datang ke sini sebelum subuh untuk mula mendaki menerusi tangga dan denai yang disediakan untuk sampai ke kemuncak sebelum terbitnya mentari. Memang sungguh menakjubkan apabila berpeluang melihat matahari terbit di pagi hari dari kemuncak Bukit Panorama.
Bukit Angus
Terletak di Kampong Bantal, Ulu Tembeling. Bukit ini memiliki ketinggian 784 meter.
Bukit Tujuh
Bukit Tujuh terletak didaerah Kuala Lipis, Pahang. Bukit ini memiliki ketinggian 867 meter
Bukit Tapah
Terletak di Mentakab, Pahang. Bukit ini memiliki ketinggian 657 meter.
Bukit Chini
Bukit ini memiliki ketinggian 641 meter. Tarikan bukit ini ialah hutan simpannya dan perkuburan tersembunyi Orang Jakun.
Hutan dan Taman Negara Pahang
Taman Negara
Mengembara melihat binatang, unggas, herba, pokok dan juga mendaki Gunung Tahan, gunung tertinggi di semenanjung Malaysia.
Taman Rimba Kenong
Melihat berbagai keindahan semula jadi seperti gua batu kapur, burung dan unggas serta tumbuh-tumbuhan menarik seperti orkid liar.
Taman Negara Endau-Rompin
Terdapat berbagai spesis tumbuhan dan herba yang unik. Juga terdapat banyak binatang liar seperti badak sumbu Sumatera, Binturung dan Ungka Tangan Putih.
Air Terjun menarik di Pahang
Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan
Kawasan air terjun tinggi dan menarik ini sentiasa menjadi tumpuan pengunjung yang bercuti di Pahang. Ia menjadi lokasi popular penduduk sekitar dan pelancong untuk berkelah, mandi-manda, berkhemah atau sekadar bersantai merehatkan minda.
Air Terjun Teladas, Maran
Suasana nyaman dan udara yang segar serta deruan air yang mengalir laju merupakan tarikan semulajadi yang mendorong pelancong kesini.
Air Terjun Chamang/Air Terjun Chemong, Bentong
Terletak didalam Kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Tinggi dalam daerah Bentong.
Air Terjun Pelangi, Sg. Lembing
Air terjunnya sangat tinggi dan kalau anda mandi di bawah sambil melihat ke atas melalui percikan-percikan air terjun terutamanya di antara pagi dan tengahari, anda akan nampak pelangi-pelangi yang sekejap timbul dan sekejap hilang. Satu tempat menarik di Pahang yang unik namun sangat mencabar kalau nak sampai ke sini.
Air Terjun Berkelah, Maran
Air Terjun Lata Jarum, Raub
Air Terjun Pulau Chekas, Raub
Air Terjun Lata Meraung, Jerantut
Air Terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Bera
Tasik menarik di Pahang
Tasik Bera
Tasik air tawar semulajadi terbesar di Malaysia. Ia dikelilingi hutan paya gambut, hutan paya air tawar dan hutan tanah pamah. Terdapat pelbagai jenis hidupan seperti berbagai spesis ikan air tawar, kura-kura, katak, berbagai spesis burung dan mamalia boleh ditemui disini.
Tasik Chini
Tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia. Salah satu dari tempat menarik di Pahang yang tidak boleh dilepaskan. Terdapat kemudahan chalet untuk penginapan disediakan. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah memancing, berkayak, menaiki bot meneroka kawasan tasik, jungle tracking, berkhemah dan lain-lain lagi.
Gua menarik di Pahang
Gua Charas, Kuantan
Salah satu tempat menarik di Kuantan untuk dilawati oleh pelancong alam semulajadi yang gemar meneroka keunikan gua.
Gua Kota Gelanggi, Jerantut
Gua Gunung Senyum, Temerloh
Gua Bama, Kuala Lipis
Gua Kechil, Raub
Pantai menarik di Pahang
Pantai Menarik di Kuantan
Pantai Cherating
Pantai Teluk Chempedak
Satu lagi pantai yang cantik di Kuantan dan sangat terkenal. Ada kawasan berpasir dan ada kawasan berbatu besar. Sesuai untuk mandi dan berkelah.
Pantai Batu Hitam
Terletak tidak jauh dari Pantai Teluk Chempedak, terdapat batu-batu hitam dipersisiran pantai ini.
Pantai Sungai Ular
Pantainya landai berpasir bersih, laut membiru memberikan ketenangan dan sesuai untuk mandi dan berkelah bersama keluarga.
Pantai Balok
Pantai berhampiran bandar Kuantan ini menjadi lokasi popular pelancong yang bercuti di bandar ini. Berbagai aktiviti menarik ada disini. Pengunjung boleh berkhemah, mandi-manda, bermain jet ski, berkelah dan lain-lain lagi.
Pantai Tanjung Gelang, Pelabuhan Kuantan
Pantai Kampung Sungai Karang Pantai
Pantai Beserah
Pantai Taman Gelora
Pantai Sepat/Tanjung Sepat
Tempat menarik perkampungan Melayu di Kuantan, Pahang. Ia terletak lebih kurang 10 KM dari Bandar Kuantan.Pantai Menarik di Pekan
Pantai Nenasi
Pantai di perkampungan nelayan di Nenasi ini istimewa dengan pemandangan perahu-perahu menarik ditambatan dan juga pasar basah yang menjual ikan segar. Ia juga destinasi popular bagi kaki pancing disekitar daerah ini. Selain itu, terdapat berbagai tarikan pelancongan lain disini seperti makanan, kebudayaan dan kemudahan penginapan.
Pantai Kuala Pahang
Pantai Batu 16
Pantai Menarik di Rompin
Pantai Rantau Panjang
Pantai Pulau Lang
Pantai Kuala Pontian
Pantai Janglau Pantai
Pantai Kuala Tanjung Gemuk
Pantai Kuala Rompin
Pulau di Pahang
Pulau Tioman
Pulau Tioman adalah destinasi percutian menarik dimana pantainya berpasir halus, putih dan bersih. Air lautnya jernih menjadikan ia lokasi snorkeling yang sangat popular.
Tempat Menarik lain di Pahang
Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau
Terletak di Kuala Gandah, Taman Negara. Terdapat Pusat Pemuliharaan Gajah Negara yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.
Bangunan lama Ibu Pejabat Polis Daerah Raub
Balai polis lama yang dijadikan pusat pelancongan.
Istana Leban Tunggal
Istana yang dibina pada tahun 1935 ini diperbuat daripada separuh batu dan separuh kayu. Struktur senibina yang unik menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Pekan. Istana ini kini dijadikan sebagai Perpustakaan Daerah Pekan.
Masjid Sultan Abdullah
Masjid yang dibina pada tahun 1929 ini mempunyai seni rekabentuk yang unik dan menarik. Ia terletak di Pekan dan kini dijadikan Pusat Dakwah dan Perpustakaan Islam Negeri Pahang.
Taman Tasik Sultan Abu Bakar
Bukit Gambang Waterpark/Bukit Gambang Resort City
Terletak hanya dalam 35-40 km dari bandar Kuantan.Bukit Gambang Resort City ini agak besar dan mempunyai 2 taman tema yang utama iaitu
Water Theme ParkTaman tema untuk aktiviti air.
Terbahagi kepada 3 Bahagian iaitu : Coco Beach, Wave Pool dan LagoonAktiviti & permainan menarik: Aqua Play & Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride.
Safari ParkTaman safari untuk melihat binatang.
Keluasan 138 ekar dan antara tarikan di sini ialah:
Boleh melihat Singa Putih ( White Lion). Hanya di sini ada White Lion di Malaysia.
Menaiki kenderaan (Tram) melihat binatang liar di habitat asalnya di hutan.
Mempunyai 2 kawasan safari untuk siang dan satu lagi untuk malam
Selain itu, aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah menaiki ATV dan juga beberapa aktiviti outdoor yang sesuai untuk aktiviti team building.
Mini Zoo di Taman Teruntum
Terletak lebih kurang 7 minit dari bandar Kuantan sebelum sampai ke Teluk Cempedak.Tarikan utama di sini ialah Mini Zoo yang menempatkan beberapa jenis binatang seperti kura-kura gergasi, burung unta, kancil, burung, arnab, buaya, burung merak, ungka, landak, seladang, pelanduk dan ular. Semua binatang di sini diletakkan di dalam sangkar.
Muzium Sungai Lembing
Sejarah perlombongan bijih timah Sungai Lembing dahulunya dikenali sebagai sebuah tapak perlombongan bijih timah antara yang paling dalam dan yang terbesar di dunia. Antara perkakasan sejarah yang ada di sini ialah peralatan melombong bijih dan jenis pakaian yang digunakan oleh pekerja lombong bijih timah dulu-dulu.Rekabentuk muzium ini, perabot dan hiasan dalaman membuatkan kita berasa seperti berada di zaman era penjajahan Inggeris dulu-dulu.
Ada lagi tak tempat tempat menarik di Pahang yang korang tahu? Kalau tahu, sila tinggalkan komen ye. Terima kasih.
Sumber gambar dan maklumat dari sendirian berhad, google, wikipedia dan blog