Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Orang Nismilan Panggil Kuih Goreng

$
0
0
Dari kecik sampai ke besar memang dah biasa dengan menu jemput² atau dipanggil jemput sahaja. Nak lagi sedap panggillah nama jejemput. Atau nama lain yang biasa didengar dengan nama cucur atau cekodok. Lain tempat lain nama menu yang disebut tapi menunya tetap sama. Nama jer berbeza.

Bila kahwin dengan orang nismilan (negeri sembilan) agak pelik dipanggil dengan nama 'kuih goreng'. Pertama kali dengar husband sebut macam tak boleh nak terima. Tapi fikir punya fikir, betul jugak kan namanya kuih goreng. Bergadoh manja kejap laki bini mempertahankan nama kuih punya pasal. Sudahnya redha dengan nama menu negeri masing masing..hahaha

Tapi kalau Fiza buat,versi sayur dan tepung sikit. Ala ala macam potato fritters cuma tak letak tepung beras dan potato yang banyak. 

Adunan lebih kurang macam ni Fiza buat. Daun sup + bawang + udang kering + carrot + kentang + telur + tepung gandum + air + garam. Gaul², panaskan minyak dan goreng.

Fiza suka goreng besar². Senang cepat siap dan cepat makan..Hihi. Dihidangkan bersama teh panas kaw memang sedap!

Sesuai dihidangkan untuk sarapan dan minum petang. Nak makan pagi petang malam pun boleh.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles