Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Tempat Tempat Menarik Di Sabah

$
0
0
Negeri Sabah di bawah bayu merupakan salah satu tempat pelancongan yang mempunyai tempat tempat yang menarik dan cantik yang tidak terdapat di Semenanjung Malaysia. Jika berkesempatan bercuti di Sabah, haruslah kena explore habis habisan ke semua tempat menarik di Sabah.

Pulau cantik di Sabah

Pulau Lankayan

Terletak di Laut Sulu di bahagian utara Sandakan. Ait lautnya jernih kebiruan disekitar pulau ini yang mengandungi batu karang tropika.

Pulau Selingan 

Juga dikenali dengan nama Turtle Islands Park. Terdiri dari tiga buah pulau iaitu Pulau Selingan, Bakungan Kecil dan Gulisan menjadi lokasi penyu Hijau dan penyu Karah bertelur. Pulau ini terletak di Laut Sulu, berhampiran dengan Sandakan.

Pulau Sipadan (Semporna)

Terkenal sebagai salah satu tempat scuba diving yang terbaik didunia. Pulau Sipadan merupakan destinasi menyelam yang sangat cantik dan dikatakan antara yang paling cantik dan terpelihara di dunia bukan sahaja terkenal di dalam negara bahkan di luar negara juga. Di sini juga boleh melihat penyu secara live.

Pulau Kapalai

Juga terletak di Laut Celebes berhampiran Semporna. Pulau ini bersebelahan dengan pulau Sipadan iaitu kira-kira 15 minit perjalanan menaiki bot. Ia adalah pulau percutian terkenal yang mempunyai resort diatas air yang sangat menarik.

Pulau Mabul

Terletak di Laut Celebes berhampiran Semporna. Lokasinya berhampiran Pulau Kapalai. Ia merupakan satu lagi lokasi menarik untuk scuba diving.

Pulau Mataking 

Salah sebuah pulau menarik di Laut Cenebes berhampiran Semporna.

Pulau Layang-Layang

Sebuah pulau yang cantik terletak agak jauh di Laut China Selatan disebelah barat laut Kota Kinabalu.

Pulau Mantanani 

Pulau yang terletak di Laut China Selatan ini adalah berhampiran dengan Kota Belud. 

Pulau Manukan 

Salah sebuah pulau yang membentuk Taman Tunku Abdul Rahman. Terletak berhampiran Kota Kinabalu. Salah satu tempat menarik untuk peminat kaki snorkeling dan di sini juga ada perkhidmatan untuk naik jetski dan parasailing. Satu pengalaman yang sangat best naik payung terjun sambil ditarik oleh bot. Dan seketika mereka akan berhentikan bot dan celup anda di dalam air laut.

Pulau Gaya

Pulau terbesar Taman Tunku Abdul Rahman. Terletak berhampiran Kota Kinabalu. 

Pulau Sapi

Salah sebuah pulau yang membentuk Taman Tunku Abdul Rahman. Terletak berhampiran Kota Kinabalu. Pulau Sapi ni memang cantik untuk aktiviti snorkeling melihat hidupan marin dan terumbu karang.

Pulau Tiga 

Terletak di Laut China Selatan berhampiran dengan Kuala Penyu.

Tempat Tempat Menarik di Kota Kinabalu

Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu yang terletak di SabahMalaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Untuk mendaki Gunung Kinabalu ni perlu mempersiapkan mental dan fizikal untuk sampai ke puncak. Stamina kena cukup serta perlukan nasihat pakar pendaki terlebih dahulu.

Jesselton Point Waterfront

Terminal feri utama di Kota Kinabalu yang membawa pelancong ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan juga trip ke Labuan. Jesselton Point Waterfront merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang harus dilawati. Selain menawarkan pemandangan indah ditepi laut, jeti ini sangat cantik dan kawasannya begitu bersih. Antara lain yang terdapat disini ialah deretan kedai makan, kedai kraftangan dan lain-lain.

Aquarium & Marine Museum

Pusat pameran akuarium yang terbaik di Pulau Borneo yang mengandungi lebih 150 spesies hidupan laut termasuk 30 spesies batu karang. Antara yang ada disini ialah pameran hidupan laut, Pusat Pameran Terumbu Karang, Pejalan kaki Paya Bakau, Muzium Maritim dan Marin Kontemporari, Kiosk Maklumat Multimedia Interaktif dan lain-lain. 

Atkinson Clock Tower

Menara jam bersejarah ini dibina pada tahun 1905 bagi memperingati Francis George Atkinson, iaitu pegawai daerah Jesselton (Kota Kinabalu) yang pertama. Menara ini dibina berasaskan kayu dan tetap teguh hingga ke hari ini walaupun telah melalui zaman perang dan juga beberapa penambahbaikan.  

Australia Place

Antara tempat bersejarah yang ada di Kota Kinabalu dan merupakan salah satu lokasi Heritage Walk di bandaraya ini.

Borneo Art Gallery/ Sabah Art Gallery

Galeri yang mempamerkan koleksi lukisan anak tempatan dan juga beberapa lukisan dari pelukis filipina dan Indonesia. Bagi peminat senilukis, Borneo Art Galeri yang terletak di Kompleks Asia City adalah lokasi menarik yang mesti dilawati. Lukisan juga adalah untuk jualan.

City Mosque

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini terletak di tepi laut Teluk Likas merupakan sebuah masjid yang mempunyai rekabentuk menarik menyerupai Masjid Nabawi di Madinah. Merupakan antara masjid yang paling cantik di Malaysia, masjid ini boleh memuatkan sehingga 12,000 orang.

Double Six Monument

Memorial yang dibina bagi mengingati kemalangan kapal terbang pada 6 June 1976 yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dan enam orang yang lain. Double Six Monument ini dibina diatas kawasan kemalangan itu berlaku. 

Gaya Street Sunday Market

Juga dikenali sebagai Pasar Tamu Jalan Gaya, merupakan salah satu lokasi tarikan pelancong di Sabah. Ia adalah sebuah pasar terbuka yang menjual pelbagai barangan tempatan dengan harga murah.

Handicraft Market

Kawasan membeli-belah yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephens ini cukup terkenal dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu. Berbagai barangan dijual termasuk kain, mutiara, beg, barangan kraftangan serta bermacam-macam lagi.   

Kadaiku Handicraft

Terletak di Kompleks Sinsuran, Kadaiku Handicraft menjual pelbagai barangan kraftangan Sabah termasuk produk penjagaan diri, produk sulaman, makanan dan minuman serta berbagai barangan kraftangan tradisional dari etnik yang ada di Sabah.

Kota Kinabalu Esplanade

Terletak ditengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu, KK Esplanade ialah lokasi menarik berlatar-belakangkan pemandangan indah bandaraya dan juga panorama laut yang memukau. Disini tersedia bangku untuk pengunjung, tugu ikan lumba-lumba dan pelantar laut yang luas. Pemandangan indah disini begitu menakjubkan dan salah satu lokasi bergambar yang cukup menarik di Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu Heritage Walk

Ia adalah perjalanan melawat lokasi-lokasi menarik dan bersejarah yang ada di bandaraya Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu Central Market

Terletak tidak jauh dari Handicraft Market, Kota Kinabalu Central Market ialah pasar yang menjual berbagai barangan segar seperti buah-buahan tempatan, sayur-sayuran, kuih dan makanan tradisional serta lain-lain lagi. Pasar ini dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi dan ditutup pada pukul 6 petang.

Kota Kinabalu Wetlands

Dahulunya dikenali sebagai Kota Kinabalu City Bird Sanctuary. Kawasan hutan bakau seluas 60 ekar ini dipelihara dan diuruskan oleh NGO tempatan untuk tujuan pemuliharaan, pendidikan, rekreasi, pelancongan dan penyelidikan. Pengunjung boleh berjalan dikawasan ini untuk melihat berbagai spesis burung (lebih 80 spesis), ketam dan lain-lain lagi.

Mari Mari Cultural Village

Perkampungan budaya ini adalah destinasi percutian menarik di Sabah yang mesti dikunjungi. Terletak agak jauh di Kionsom, Inanam, iaitu kira-kira satu setengah jam perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu. Mari Mari Cultural Village mengumpulkan 5 etnik utama di Sabah didalam satu kampung. Pengunjung dapat melihat sendiri kehidupan tradisional yang cuba dikekalkan disini.  

Menara Tun Mustapha

Dibina pada tahun 1977, ia adalah bangunan kedua tertinggi di Pulau Borneo. Dahulunya dikenali dengan Bangunan Yayasan Sabah, ia terletak di Teluk Likas, kira-kira 5 KM dari pusat bandar Kota Kinabalu. Menara Tun Mustapha mempunyai rekabentuk yang unik berupa kon dan menjadi mercu tanda di negeri Sabah. Ia berpusing 360 darjah dalam masa sejam. Dalam menara ni boleh singgah ke Tun Mustapha Gallery.

North Borneo Railway

Pengunjung dapat merasai suasana menaiki keretapi di zaman British North Borneo apabila menaiki keretapi lama tahun 1900an yang dipulihara dan diubahsuai bagaikan gerabak keretapi penumpang gaya kolonial ini. Perkhidmatan keretapi ini bermula dari Tanjung Aru melalui landasan ke Kinarut dan seterusnya berakhir di Papar. Pengunjung akan disajikan dengan sarapan pagi ala-Tiffin serta makan tengahari dengan hidangan Asia dan Continental.

Sabah State Museum & Heritage Village 


Signal Hill Observatory Platform 

Water World Theme Park Sabah

Laman seni, Wisma Budaya Sabah 


Sabah State Mosque

Tempat Menarik di Sandakan

Sandakan Heritage Trail 

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Merupakan tempat untuk melihat orangutan dan monyet-monyet dengan lebih dekat. Di sini anda berpeluang untuk memberi makan sendiri kepada orangutan dan bergambar bersama.

Rainforest Discovery Centre (RDC)

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary - Monkey top safari

Gomantong Cave

Agnes Keith House

Bornean Sun Bear Conservation Centre

Tempat Menarik di Ranau

Sabah Tea Garden

Ladang Teh Sabah ini adalah antara tempat pelancongan menarik di Sabah yang menjadi tumpuan pelancong.

Poring Hot Spring (PHS)

Miki Survival Camp

Kinabalu National Park

"Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti - Fish Massage 


Tempat Menarik di Tawau

Teck Guan Cocoa Museum - Tawau Cocoa Village 

Maliau Basin 

Tawau Hills Park/Taman Negara Bukit Tawau


Hutan Simpan Bukit Gemok

Central Market Tawau

Juga dikenali dengan nama Pasar Gantung yang menjual pelbagai barangan perhiasan dan kraftangan seperti perhiasan dari mutiara atau kraftangan dari siput-siput laut dari daerah Semporna. Juga terdapat pelbagai barangan kraftangan lain yang diperbuat daripada rotan, kayu jati dan buluh yang unik dari Filipina dan Indonesia.

Tawau Tanjung Market

Pasar Tanjung Tawau adalah bangunan pasar terbuka empat tingkat antara yang terbesar di Malaysia.
Balung River Eco Park. 

Menara Jam Tawau

Menara Jam bersejarah di Sabah. 

Monumen Menara Loceng

Tempat bersejarah di Sabah yang dibina pada tahun 1898. 

Tugu Peringatan Tentera Jepun

Tempat bersejarah di Sabah ini adalah kawasan perkuburan tentera Jepun yang terkorban semasa perang dunia kedua. 

Tugu Peringatan Kalabakan

Tempat bersejarah di Sabah ini dibina pada tahun 1969 sebagai monumen memperingati kehilangan 11 perajurit negara yang terkorban ketika peristiwa konfrontasi Indonesia-Malaysia.

Tempat menarik di Beaufort

Garama Wetland

Weston Wetland 

Klias Wetlands River Cruise

Tempat Menarik di Kinabatangan

Agop Batu Tulug Caves

Sungai Kinabatangan

Di Sungai Kinabatangan anda boleh naik bot dan melihat hidupan liar serta alam flora di sepanjang sungai. Anatara binatang-binatang liar yang boleh dilihat di sini ialah gajah, monyet liar, buaya, ular air, biawak orang utan dan banyak lagi. Dan antara binatang yang paling pelik di sini ialah proboscis monkey. Monyet ini memang unik dan juga agak menakutkan dari segi rupa parasnya.

Tempat Menarik di Tuaran

Tuaran Crocodile Farm 

Linangkit Cultural Village 

Borneo Kellybays 

Kampung Penimbawan

Sebuah lagi air yang terletak di Tuaran dan menjadi tarikan pelancong.

Kampung Mengkabong

Sebuah perkampungan air yang menarik di Sabah. Perkampungan ini kelihatan seperti terapung diatas muara dan pesisir pantai.

Tamu Tuaran

Pasar Tamu yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut, kek tradisional, produk tembakau tradisional, cenderamata dan lain-lain lagi.

Tempat Menarik di Keningau

Crocker Range National Park 

Tamu Keningau

Tempat Menarik di Lahad Datu

Tabin Wildlife Reserve

Juga dikenali dengan nama Taman Hidupan Liar Tabin. Pengunjung boleh melihat berbagai hidupan liar disini seperti gajah Asia, badak sumbu Sumatera dan tembadau. 


Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum/Danum Valley

Hutan Simpan yang menyimpan berbagai khazanah alam semulajadi di Sabah.

Hutan Simpan Lahad Datu

Gua Madai

Tempat Menarik di Kundasang 

Desa Cattle Dairy Farm,Kundasang

Mesilau Nature Resort

Mesilau Trail

Tempat Menarik di Kudat 

Pantai Kelambu

The Tip of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau

Tamu Kudat 

Rumah panjang Rungus yang terletak di kampung Bavanggazo

Kundasang War Memorial

Tempat Menarik di Penampang

TAGAL Tinopikon Park 

Monsopiad Cultural Village

Juga dikenali dengan nama Kampung Budaya Monsopiad, iaitu nama seorang pahlawan terkenal yang memenggal kepala musuhnya dan menggantungkan kepala tersebut dihalaman rumahnya sebagai amaran kepada musuh-musuhnya yang lain.

Tamu Penampang

Sabah Art Gallery 

Lok Kawi Wildlife Park 

Kipandi Butterfly Park

KDCA Cultural Village 

Tempat Menarik di Tambunan

Sawah padi di Tambunan

Pemandangan sawah padi yang menarik di kiri-kanan jalan di Tambunan, Sabah.  

Gunung Trus Madi

Gunung setinggi 2,462 ini merupakan gunung yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. 

Mat Salleh Memorial

Tugu pahlawan Sabah, Mat Salleh, yang menentang penjajah British pada kurun ke 19.

Rafflesia Information Centre

Tempat Menarik di Tenom 


Sungai Padas

Aktiviti kayak dan White Water Rafting

Murut Cultural Centre

Tempat Menarik di Tamparulli

Rumah Terbalik-Upside Down House

Pusat Membeli-Belah di Sabah

Tamu Kuala Penyu

Tamu Tamparuli

Borneo Hypermall

Centre Point Sabah

Tawau Shopping centre

http://www.azhafizah.com/

Phew~Berjaya jugak Fiza siapakan entry tempat tempat menarik di Sabah ni. Banyak betul tempat yang best best. Ni yang rasa nak bercuti ke Sabah ni. Lagi  lagi tengok Pulau dan Air Sungai dia yang cantik jernih tu. Kena bercuti lama baru puas hati explore Sabah! Okay orang Sabah, ada tempat menarik lagi tak untuk di lawati? Meh tinggalkan komen.

Sumber gambar dan maklumat dari wikipedia, google dan blog



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles