Negeri Sarawak Bumi Kenyalang memiliki khazanah semulajadi dan hutan yang belum diterokai. adalah negeri terbesar di Malaysia. Hutannya istimewa kerana ia merupakan hutan hujan tropika yang tertua yang menyimpan bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Pakma atau Rafflesia. Terdapat berbagai jenis pelancongan dan tempat tempat menarik di Sarawak yang unik.
Antara makanan tradisi Sarawak yang popular adalah kek Lapis, Laksa sarawak, Mee kolok, Mee kuching, Kueh tiaw tomato, Manok pansoh, Tebaloi, Umai, Buah Dabai, Buah Engkalak, Buah Lakum, Sesar unjur, Ikan Jan salai dan ikan Lumek salai. Kalau datang Sarawak harus borong kek lapis sebab kat sini harganya lebih murah. Okay, jom kita explore Sarawak pulak.
Antara makanan tradisi Sarawak yang popular adalah kek Lapis, Laksa sarawak, Mee kolok, Mee kuching, Kueh tiaw tomato, Manok pansoh, Tebaloi, Umai, Buah Dabai, Buah Engkalak, Buah Lakum, Sesar unjur, Ikan Jan salai dan ikan Lumek salai. Kalau datang Sarawak harus borong kek lapis sebab kat sini harganya lebih murah. Okay, jom kita explore Sarawak pulak.
Tempat Menarik di Kuching
Tugu Kuching
Kalau datang ke Kuching, wajib ambil gambar di sini tandanya dah sampai Ke Kuching. Tugu kucing menjadi kebanggaan rakyat sarawak. Tugu kucing ini terletak di bulatan yang berhampiran dengan Sarawak Plaza, Parkson, Grand Margherita.
Bandaraya Miri
Sibu
Taman Jublee Bukit Aup
Taman Tasik Permai (Lake Garden)
Bintulu
Tugu Dewan Undangan Negeri
Pasar Utama Bintulu & Tamu Bintulu
Masjid Assyakirin
Zoo Taman Tumbina
Bintulu Waterfront Promenade
Sarikei
Terletak ditepi sungai Rajang iaitu sungai terpanjang di Malaysia. Keindahan lanskap bandar Sarikei adalah daya tarikan Bahagian ini yang turut diharmonikan dengan 7 buah taman iaitu Taman Tasek Sarikei, Taman Rimba Sebangkoi, Taman Tebingan Sungai, Taman Milenium, Taman Tebingan Sungai Nyelong, Taman Merdeka dan Taman Lalulintas.
Taman Tasik Sarikei
Terletak lebih kurang 1 km dari pusat bandar, anda akan dapati taman ini menarik dengan kolam ikan, burung layang-layang yang berterbangan dan pemandangan yang indah. Sesuai untuk berjalan-jalan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Taman Rimba Sebangkoi
Kawasan seluas 13 hektar ini merupakan kawasan yang sesuai untuk menenangkan fikiran dan lari dari tugas harian. Di sini terdapat air sungai yang bersih lagi jernih, air terjun, hijauan pokok-pokok dan udara yang segar. Terdapat kemudahan awam seperti taman kanak-kanak, jambatan kayu, rumah tumpangan serta tandas. Tempat ini sesuai untuk beriadah bersama-sama keluarga dan ianya terletak 25 km daripada pusat bandar.
Taman Tebingan Sungai /Sarikei Rejang River Waterfront/Sarikei Tebingan Sungai Rejang
Taman Tebingan Sungai Nyelong/Sarikei Esplanade
Taman Merdeka Sarikei
Taman Milenium Sarikei
Taman Lalulintas Sarikei
Air Terjun Pala Munsoh
Berlatarbelakangkan alam semulajadi, ianya sesuai untuk aktiviti "Jungle Trekking" dan mandi-manda. Terletak lebih kurang 45 minit perjalanan darat daripada Bandar Sarikei dan 45 minit berjalan kaki dari rumah panjang terdekat, ianya sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak.
Lumbong Rentap
Ia merupakan salah satu kesan peninggalan sejarah berkaitan Pahlawan Rentap. Untuk sampai ke Bukit Sibau (lokasi Lumbong), anda perlu meneruskan perjalanan ke Pekan Pakan dan menuju ke Ulu Wuak yang mengambil masa satu hari. Amat sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak.
Sri Aman
Pesta Benak
Berlangsung pada 16 May 2014 hingga 18 May 2014 kerana ombaknya yang cantik dan beralun sekitar bulan ini. Jangan ingat laut je ada ombak, dekat Sungai Batang Lupar Sri Aman ada juga. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan semasa Pesta Benak ini nanti adalah Reggatta Benak, Budayaria Benak, Sukan Tradisi Benak, Bazaria Benak, Benak Idol, 1st Benak Bike Week, Car Show dan banyak lagi.
Fort Alice
Limbang
Bukit Mas
Muzium Wilayah Limbang
Tempat Menarik lain di Sarawak
Kuching Civic Centre
Menara yang sangat unik dan begitu futuristik ini menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Kuching dan kawasan sekelilingnya. Masuk ke sini cuma RM 2 dan kalau waktu cerah anda juga boleh nampak Gunung Serapi, Gunung Santubung dan beberapa gunung di Kalimantan. Di sini menempatkan Planetarium Sultan Iskandar.
Orchid Garden Sarawak
Taman bunga orkid yang sangat cantik dan hanya di seberang sungai dari waterfront. Anda boleh naik bot teksi (50 sen) yang mengambil masa sekitar 15 minit untuk ke Taman Orkid ini. Kemasukan ke Orchid Garden adalah percuma. Memang banyak pokok orkid yang terjaga dan pelbagai pokok tropika yang menarik di sini.
Taman Buaya Jong's/Jong Crocodile Farm
Gua Angin
Gua Pari/Fairy Cave
Pusat Hidupan Liar Semenggoh (PHLS)-WildLife centre
Taman Hidupan Liar Matang
Muzium dan Tempat Bersejarah di Sarawak
Muzium Negeri Sarawak
Muzium Negeri Sarawak ini adalah antara muzium yang terbaik di Asia Tenggara. Ia dibina pada tahun 1891 dan diperbesarkan pada tahun 1911. Pelbagai barangan arkeologi, kraftangan, binatang, flora dan fauna serta bermacam-macam lagi dipamerkan disini.
Muzium Warisan Islam
Bangunan asal James Brooke Malay College kini dijadikan Muzium Islam yang mempunyai 7 galeri pameran. Ia memaparkan sejarah Islam di Sarawak, seni rekabentuk, kostum, barangan peribadi, seni hiasan dan lain-lain.
Muzium Sejarah Cina
Muzium ini memaparkan sejarah pelbagai etnik bangsa Cina, kemahiran tradisional, seni kebudayaan dan perkembangan yang telah dicapai. Muzium ini terletak ditebing Sungai Kuching.
Muzium Tekstil Sarawak
Ia adalah antara bangunan tertua di Kuching yang dibina pada abad ke 19. Bangunan yang dulunya hospital kini telah dijadikan muzium tekstil.
Sarawak Craft Council
Bangunan yang mempunyai rekabentu senibina yang unik ini dibina pada tahun 1886. Kini menjadi Pusat Kraf Sarawak.
Square Tower
Bangunan sejarah ini dibina pada tahun 1879 sebagai sebuah penjara. Lokasinya terletak ditepi Sungai Sarawak.
Court House
Bangunan lama ini dibina pada tahun 1874. Ia dijadikan pusat pentadbiran dizaman penjajahan British.
Menara Jam dan Tugu Peringatan Brooke
Terletak dihadapan bangunan Court House. Tugu Peringatan Brooke dibina pada tahun 1924 setinggi 6 meter dengan menggunakan batu granit.
Astana
Rumah kediaman Yang di-Pertua Negeri Sarawak ini asalnya ialah hadiah Charles Brooke kepada isterinya Margaret Alice Lili de Windt Ia dibina pada tahun 1870 di tepi Sungai Sarawak.
Fort Margherita
Kubu yang terletak ditebing Sungai Sarawak ini siap dibina pada tahun 1879 semasa perintahan Raja Brooke. Ia dibina bagi melindungi Kuching dari diserang oleh penduduk pribumi. Kubu ini dinamakan sempena isteri beliau, Margaret.
Muzium dan Kebudayaan Sarawak
Kampung Budaya Sarawak
Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village) atau juga dikenali sebagai Muzium Kehidupan. Di sini anda boleh melihat pelbagai replika rumah dan bangunan yang mewakili etnik-etnik dan kaum utama di Sarawak seperti Iban, Bidayuh, rumah panjang Orang Ulu, penempatan Penan, rumah tinggi Melanau, rumah orang Melayu Sarawak, pagoda orang Cina dan sebagainya.
Muzium Kucing
Muzium ini merupakan muzium kucing yang pertama di dunia yang terletak di Petra Jaya. Bagi penggemar kucing anda akan menjumpai pelbagai pameran, gambar, kesenian ala kucing dan juga cenderahati ala kucing. Menempatkan lebih 4000 koleksi.
Sarakraft Pavillion
Merupakan satu bangunan rumah besar yang menempatkan bengkel dan pelbagai barangan kraftangan di pamerkan. Di sini juga banyak barangan kraftangan yang autentik dijual.
Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh
Terdapat pelbagai jenis REPLIKA rumah panjang beberapa etnik. Itu hanya replika jadi kalau anda nak melihat sendiri bagaimana rupa sebenar Rumah Panjang, bolehlah ke Rumah Panjang Annah Rais. Rumah Panjang Annah Rais ini merupakan penempatan etnik Bidayuh yang terletak lebih kurang 90km ke arah selatan bandar Kuching dan terletak di kaki bukit Borneo Highland. Berhampiran dengan Rumah Panjang ini, ada beberapa kolam air panas yang sangat popular dan asli.
Muzium dan Galeri Tekstil
Muzium dan Galeri ini menempatkan koleksi yang menarik seperti tekstil atau fabrik yang berkonsepkan kebudayaan orang Sarawak samaada yang antik atau pun rekaan yang moden. Di sini juga anda boleh melihat barangan kemas orang Iban.
Masjid Kuching ( Masjid Negeri Lama)
Masjid ini mempunyai rekaan bentuk sangat cantik dengan dinding berwarna merah jambu dan kubah berwarna keemasan. Rekaan bangunan ini dibina semula pada tahun 1968 bagi menggantikan struktur bangunan kayu yang lama yang pada asalnya dibina sejak tahun 1852 lagi.
Sungai di Sarawak
Sungai Rajang atau Batang Rajang.
Sungai Limbang atau Batang Limbang.
Sungai Baram Batang Baram.
Sungai Lupar atau batang Lupar.
Sungai Mukah atau Batang Mukah.
Sungai Tatau atau Batang Tatau.
Sungai Kemena atau Batang Kemena.
Bukit di Sarawak
Bukit Asek
Bukit Aup
Bukit Batu
Gunung Buri
Bukit Buruk Recam
Bukit Goram
Bukit Kayo
Bukit Kumbong
Bukit Lumut
Bukit Kayu Malam
Bukit Mas
Bukit Mersing
Bukit Sadok
Bukit Semalong
Bukit Skalap
Bukit Song
Bukit Tudal
Gunung di Sarawak
Gunung Ampungara
Gunung Santubong
Gunung Sejinjang
Gunung Mulu
Gunung Murud
Taman Negara di Sarawak
Taman Negara Bako
Taman Negara Batang Ai
Taman Negara Gunung Gading
Taman Negara Lambir
Taman Negara Gunung Serapi Kubah
Taman Negara Mulu
Taman Negara Niah
Taman Negara Similajau
Pantai Menarik di Sarawak
Pantai Brighton
Pantai Buntal
Pantai Damai
Pantai Gerigat
Pantai Hawai
Pantai Kidurong
Pantai Pandan
Pantai Puteri
Pantai Sematan
Pantai Siar
Pantai Tanjung Kembang
Pantai Tanjung Batu
Gua di Sarawak
Gua Niah Miri
Gua Mulu
Tempat Peranginan di Kuching, Sarawak
Borneo Highland
Seperti juga di Cameron Highland di Semenanjung, di Sarawak pula ada Borneo Highland dan di sinilah terletaknya Borneo Highland Resort dan juga Hornbill Gold dan Jungle Club. Di kaki bukit Borneo Highland pula menempatkan Rumah Panjang Annah Rais etnik Bidayuh. Di sini juga mejadi tempat acara tahunan iaitu Perlumbaan Burung Negeri Sarawak dan Acara Memerhati Burung.
Tempat Membeli Belah di Kuching
Kuching Waterfront
Di sini merupakan tempat menarik di Kuching yang semestinya dilawati kalau nak membeli cenderahati kerana banyak kedai-kedai kraftangan (di Sarawak Steamship Building). Antara barangan yang boleh anda beli ialah hasil tembikar, tikar mengkuang, hiasan dalaman rumah dan sebagainya. Boleh lepak-lepak di tepi sungai Sarawak dan makan-makan di kedai makan yang best di sini. Dari sini juga anda boleh naik bot untuk menikmati keindahan di sepanjang sungai.
Kompleks Kubah Ria
Kubah Ria Kompleks ini masih baru dan menempatkan pelbagai barangan basah dan kering tempatan yang menarik dan di sini juga ada kedai makan yang best kalau anda nak merasa makanan harian orang Sarawak. Dan kalau anda nak cari ikan terubok masin Sarawak, Kubah Ria Kompleks semestinya tempat menarik yang mesti anda datang di Kuching.
Pasar Satok
Pasar hujung minggu (Sabtu dan Ahad) di Medan Niaga Satok ada beberapa peniaga-peniaga yang menjual barangan kering dan basah seperti buah-buahan, herba hutan, madu hutan, barangan kraftangan dan sebagainya.
Pasar Serikin
Antara barangan yang popular di sini ialah hasil rotan, tikar, bubu, kain batik, makanan harian tempatan dan sebagainya. Memang satu tempat shopping barangan hasil hutan yang best di Kuching.
Ada lagi tak tempat tempat menarik di Sarawak yang korang tahu? Sila tinggalkan komen untuk dimasukkan ke dalam entry. Terima kasih ^__^
Sumber gambar dan maklumat dari cariaan google, wikipedia dan blog.