Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Homestay Limastiga Umbai Melaka Yang Mendamaikan

$
0
0
Kalau bercuti ke Melaka, cubalah menginap di Homestay Limastiga Umbai Melaka yang mendamaikan ni. Kalau tengok gambar, ikutkan hati nak je pergi sekarang jugak! Kan! Suasana yang tenang dan mendamaikan ni sesuailah kalau bercuti santai santai bersama keluarga. Untuk honeymoon lagilah sesuai..cewahhh

http://www.azhafizah.com/
Homestay Limastiga ni merupakan private villa yang terletak di perkampungan di Umbai, Melaka. Lebih kurang 15minit dari Bandar Hilir, Melaka. Vila ini mempunyai tiga rumah ibu (sekarang lima buah ) dengan 14 buah bilik, sebuah kolam renang yang melingkari kawasan di hadapan banglo banglo utama yang dihubungkan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur, bilik seminar, kemudahan kawasan berbeku, karaoke dan dapur. Limastiga boleh memuatkan 50 ahli keluarga pada satu-satu masa.
http://www.azhafizah.com/

Apa yang menariknya di Homestay Limastiga adalah keunikan design bercirikan style kampung
http://www.azhafizah.com/

Dekorasinya juga berkonsepkan ciri ciri nusantara berunsurkan kayu kayan, ukiran serta konsep minimalist moden. Kiranya menggabungkan seni bina moden cara kampung. 
http://www.azhafizah.com/
Sesekali duduk termenung tepi tingkap pun best ataupun tidur di daybed ni memang lena habis.
http://www.azhafizah.com/
Rasa nak buat style rumah macam ni pulak kan. Bilik tidur kat atas. Bangun pagi dapat hirup udara segar.
Di sekitarnya ada taman landskap yang cantik.
http://www.azhafizah.com/

Lengkap dengan swimming pool.http://www.azhafizah.com/

Korang boleh berendam kat sini sampai malam pun takpe tau. Tu yang seronok bercuti di sini.
http://www.azhafizah.com/

Rasanya dapat bercuti dan menginap sehari pun dah cukup best. Pengalaman percutian yang mahal ni. Untuk dapatkan harga yang berpatutan, tawaran yang terbaik dan korang boleh bandingkan harga melalui tempahan di HotelsCombined. Bolehlah plan bercuti ke Melaka dan menginap kat Limastiga Hotel yang best ni.

Dah datang Melaka tu, jangan lupa singgah ke tempat tempat menarik di Melaka pulak. Fiza dah siap siapkan senarai tempat menarik dalam entry tu. Senang kalau bercuti tu dah tahu nak kemana. Takdelah buang masa fikir nak kemana kan. Sebelum bercuti kena plan betul betul barulah masa bercuti tu di manfaatkan sepenuhnya dan memberikan kenangan percutian yang terindah. Selamat bercuti!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles