Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Bahan Bahan Merbahaya Dalam Produk Kosmetik

$
0
0
Beberapa hari lepas ada berita tentang produk Q yang tidak selamat untuk digunakan kerana terdapat bahan yang merbahaya iaitu bahan merkuri yang terlarang. Mungkin korang sedia maklum produk apa kan. 

Cuma kekadang produk skincare dan supplement ni kita kena berhati hati kalau nak beli sebab terdapat produk tiruan yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudahnya terkena tempias pada pengasas produk yang original. Susah jugak macam tu, orang lain punya kerja. Orang yang tak bersalah jadi mangsa. Itulah hakikatnya yang berlaku sekarang. Terlalu banyak produk tiruan yang dijual secara murah dan of course tak selamat di gunakan. Tapi ada jugak produk yang memang di buat dengan bahan terlarang sebab pengasas tak amek kisah. Apapun kita sebagai pengguna kena bijak membeli barang yang betul² selamat digunakan.
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak lagi membenarkan penjualan dua produk kosmetik keluaran V yang dikesan mengandungi merkuri.Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan hari ini menasihatkan orang awam agar mengelakkan pembelian dan penggunaan produk Q9 dan Q UV kerana didapati mengandungi merkuri, salah satu racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah menerima laporan pengguna yang mengalami masalah pendengaran dan keguguran rambut selepas menggunakan dua produk berkenaan dalam tempoh tiga bulan.Pendedahan terhadap merkuri juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, sistem saraf, serta ruam dan iritasi kepada bayi yang terhidu bahan berkenaan.Kementerian Kesihatan turut meminta penjualan dan pengedaran produk berkenaan dihentikan kerana tindakan tersebut melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.Menurut The Brunei Times, Kementerian Kesihatan Brunei turut melarang penjualan dua produk tersebut dan satu lagi produk Q, kapsul Slimming Herbal yang didapati mengandungi spironolactone.Sebelum ini, beberapa produk syarikat tempatan telah dilarang penjualannya kerana mengandungi merkuri.

Antara bahan bahan merbahaya dalam produk komestik

Sodium Lauryl Sulphate (SLS) dan Ammonium Lauryl Sulfate (ALS)

Bahan kimia ini biasanya terkandung dalam produk pembersih wajah, shampo, atau pasta gigi. Kandungan SLS dan ALS ini dapat menyegarkan kulit namun juga rentan menyebabkan iritasi pada kulit. Bahkan, bahan-bahan ini juga dapat dengan mudah diserap oleh tubuh sehingga dapat menilmbulkan iritasi pada mata, reaksi alergi, rambut rontok dan ketombe.

Propylene Glycol

Propylene Glycol juga banyak ditemukan pada produk kosmetik dan pembersih wajah. Bahan kimia ini terbuat dai gandum dengan campuran gliserin sayuran dan alkohol. Penelitian menunjukkan bahwa bahan ini berbahaya karena dapat menyebabkan kemerahan pada kulit dan dermatitis kontak. Selain itu juga dapat merusak fungsi ginjal dan hati.

Methyl, Propyland Butyl, dan Ethyl Paraben

Bahan pengawet Paraben ini biasanya terkandung dalam kosmetik, deodoran dan produk-produk perawatan kulit untuk memperpanjang batas waku kadaluarsa. Efek yang dapat ditimbulkan dari bahan pengawet ini selain timbul kemerahan dan alergi pada kulit, juga dapat menyebabkan kanker payudara.

Synthetic Fragrances

Berhati-hatilah pada aroma wangi pada produk kosmetik karena dapat mengandung Synthetic Fragrances. Bahkan jika bahan kimia ini sampai diserap dalam aliran darah melalui kulit, dapat mengakibatkan efek samping berupa sakit kepala, hiper-pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit. Synthetic Fragrances ini biasanya terdapat dalam produk perawatan kulit yang dijual dengan harga yang sangat murah.

Petrochemicals

Bahan Petrochemicals ini dapat ditemui pada produk kosmetik yang menjanjikan kulit yang menawan. Kandungan ini sangat berbahaya karana dapat menyebabkan masalah pada ginjal, saraf, kerusakan pada otak, dan anemia untuk jangka waktu yang lama.

Triethanolamine

Bahan kimia ini biasa digunakan untuk mengatur PH pada produk pembersih. Kandungan Triethanolamine pada produk kosmetik dan pembersih dapat menimbulkan reaksi alergi dan kekeringan pada rambut dan kulit.







Menakutkan bila tengok kesan kesannya. Pembeli selalunya suka beli barang kosmetik yang nak nampak cantik dengan cepat, dalam masa yang sama dia tak sedar bahawa ianya memudaratkan. Fiza lebih prefer guna produk yang lambat kesannya tapi selamat digunakan seperti natural produk yang guna bahan bahan pure dan pati original macam SK-II, Mary Kay (dulu pernah pakai), Nurraysa Beauty yang selamat digunakan setiap satu produk ada not KKM. 

So tak perlu risau nak guna. Ini antara produk selamat yang Fiza guna sampai sekarang. Ada banyak lagi yang selamat digunakan cuma kita perlu bijak memilih dan memilih produk yang sesuai untuk kulit kita. Sebelum membeli pastikan ianya selamat digunakan dan tidak terdapat bahan bahan yang merbahayakan.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles