Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Sambal Belacan Kampung Style

$
0
0
Sambal belacan paling favourite, sambal belacan kampung style. Cuma guna 3 bahan je. Tapi yang satu bahan tu memang susah nak cari iaitu belimbing buluh. Kalau balik kampung musim buah belimbing buluh ni mesti buat sambal belacan. Balik dari kampung, dapatlah bawak bekal sikit belimbing buluh. Buat sikit sambal belacan untuk makan sorang sebab husband tak makan sambal belacan.

Bahan bahan : Belimbing buluh, cili api merah, belacan.
Cara cara : Tumbuk dulu cili api merah dan belacan sampai lumat. Kemudian last sekali baru penyek² kan belimbing buluh.
Tips : tak perlu letak garam sebab belacan dah masin. Belimbing buluh guna yang masak kuning tu. Kalau takde yang masak, yang hijau tu rebus sampai warna kuning dan lembut. So senang nak lenyek²kan dalam lesung batu nanti.
http://www.azhafizah.com/

Inilah kejadian sambal belacan yang sedap. Kalau takde belimbing buluh, perahkan limau kasturi je. Pun sedap juga tapi tak sesedap ada belimbing buluh. hehehe..ada yang pernah rasa sambal belacan macam ni?
http://www.azhafizah.com/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles