Salam jumaat, sedikit perkongsian hari jumaat ni untuk muhasabah diri dan untuk peringatan bersama dan untuk perbaiki diri menjadi lebih baik hari ni dan hari yang mendatang. Kenali tanda tanda hati yang mati.
Sumber gambar dari facebook |
1. Berani meninggalkan solat
2. Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa yang besar
3. Tidak tersentuh hatinya bahkan menjauhi ayat Al Quran
4. Terus menerus buat maksiat
5. Sibuknya menumpat, fitnah dan buruk sangka
6. Sangat benci dengan nasihat baik dan para ulama
7. Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, kuburan dan akhirat
8. Gilanya pada dunia tanpa peduli dosa
9. Senang melihat orang susah dan menderita.
Renung renungkan, Fikir fikirkan supaya kita menjadi hamba Allah yang terbaik. Hanya diri sendiri yang boleh mengubah diri sendiri. Yang penting mahu berubah.