Suka sangat tengok air terjun yang jernih macam di Taman Rimba Teluk Bahang Penang. Bila jernih, rasa selamat nak mandi sebab kalau ada apa² dalam air boleh bertindak awal. Lagi satu suka mandi air terjun sebab lebih sejuk.
Taman Rimba Teluk Bahang Penang terletak dalam Hutan Lipur Teluk Bahang iaitu salah satu Hutan Simpan Negeri Pulau Pinang. Ia adalah satu kawasan rekreasi yang cukup popular suatu masa dahulu. Sekarang tidak banyak yang tinggal. Namun ia masih menjadi lokasi perkelahan penduduk Pulau Pinang dan sesak dengan pengunjung di musim cuti sekolah. Ramai yang datang untuk beriadah, bersantai atau sekadar mengimbau kenangan di lokasi nostalgia ini.-percutianbajet
Nampak tak kejernihan air Taman Rimba Teluk Bahang ni, best je mandi kan. Tempat pun bersih. Sesuai berkelah bersama family.
Kemudahan tempat berkelah pun disediakan
Kalau macam ni punya cantik, memang seronok pergi.
Antara kemudahan lain yang disediakan di Taman Rimba Teluk Bahang ialah tapak perkhemahan, asrama, tandas, kolam mandi, jambatan gantung, taman permainan kanak-kanak dan pondok rehat. Untuk aktiviti perkhemahan, pengunjung mesti berhubung terlebih dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Disini juga terdapat trek mendaki Bukit Bendera dan empat trek jungle trekking lain bagi yang berminat dengan aktiviti pendakian.
Taman Rimba Teluk Bahang dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Masuk percuma. Aktiviti merentasi titian kanopi dikenakan tiket sebanyak RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.
Lokasi
Taman Rimba Teluk Bahang,
11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang.
sumber gambar dari facebook
sumber gambar dari facebook