Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Tips Blogging : Masa Yang Sesuai Dan Tidak Sesuai Update Blog

$
0
0
Fiza nak share sikit tips blogging Masa Yang Sesuai Dan Tidak Sesuai Update Blog. Tips ini akan di applikasikan oleh Fiza sendiri memandangkan lepas ni Fiza akan update entry 2-3 entry sahaja sehari. Walaupun ada yang kata kualiti lebih penting dari kuantiti tapi dari segi penulisan blog, masing masing ada cara tersendiri dan pendapat masing masing. Ianya subjektif!. Yang penting kepuasan berblog tu ada. barulah seronok berblog.

http://www.azhafizah.com/

Fiza tulis dari pembacaan dari beberapa blog yang berkongsikan tentang masa yang sesuai dan tidak sesuai update blog. Fiza gabungkan dan beri pendapat sendiri. Mungkin ada yang setuju dan mungkin tidak. Ikut mana yang mampu buat ye. Kalau tak kisah tentang masa nak update blog ikut suka bila bila, so boleh abaikan tips ni. 

Masa yang Sesuai Update blog

Pukul 10:00am - 12:00pm
Dikatakan masa ini adalah masa paling bagus untuk update entry di mana bagi mereka yang bekerja mungkin ada masa untuk online sementara menunggu masa lunch.

Pukul 9:00pm - 12:00am
Masa ini juga paling sesuai untuk update entry sebab masa ni selalunya masa rehat sebelum masa tidur. Ramai yang online pada masa ni. Untuk naikkan traffik, kena rajin rajinkan diri ping entry di laman laman ping atau di facebook.

Masa yang Tidak Sesuai Update blog

Pukul 2:00am- 8:00am
Masa ni masa tidur, memang trafik sangat perlahan. Trafik ada pun sebab mungkin ada beberapa orang je yang selalu tidur lewat rajin online. Dan masa awal pagi masing masing sibuk nak buat persiapan pergi kerja atau ke kelas. Masa pagi, masing masing sibuk dengan kerja. So memang tak de masa nak online.

Pukul 7:00pm- 8:00pm
Masa ni memang sangat tak sesuai. Masa ni adalah masa rehat (mandi, makan) dan masa menunaikan kewajipan solat maghrib.

Masa yang Agak sesuai Update blog dan Traffik Sederhana 

Pukul 12.00pm - 2:00pm
Masa ni macam sesuai tak sesuai macam tu. Ada 2 kemungkinan iaitu samada ramai yang keluar makan atau ada yang masih di tempat kerja yang boleh online. So macam ada tak ada lah kiranya.

Pukul 2.00pm - 6:00pm
Masa ni selepas masa rehat bekerja, sure masing masing sibuk sambung kerja masing masing selepas lunch. Traffik agak sederhana, tapi untuk blog Fiza masa ni antara masa subur trafik blog Fiza berdasarkan blog stats Nuffnang. Kira mas ayang sesuai jugak ni sebenarnya.

Pukul 12:00am - 1:00am
Dalam range masa ni mungkin masih ramai yang online sementara nak tidur tu. Berkemungkinan kalau ping di facebook akan menarik minat mereka untuk membaca.

Update Masa Hujung Minggu (Weekend)

Kalau untuk blog Fiza, dah jadi kebiasaan trafik memang agak rendah pada hujung minggu. Hari minggu biasanya tak ramai yang hadap blog. So untuk hujung minggu boleh update entry berunsurkan SEO untuk naikkan trafik blog atau entry santai yang menarik minat pembaca macam entry resepi, tempat menarik dan sebagainya.

Update Masa Hari Hari Biasa (Weekdays)

Boleh update entry personal atau entry produk review. Pastikan update pada masa yang sesuai.

Selain update dalam masa yang sesuai, pilihlah topik yang menarik untuk dikongsikan. Bila dah tahu masa yang sesuai untuk update blog, senanglah kita nak jadualkan entry kita kan. Macam Fiza memang dah jadi kebiasaan buat entry autopublish je. Lebih memudahkan kerja Fiza kalau tak sempat update.

Lepas ni Fiza akan buat 2-3 entry mengikut jadual. Memandangkan lepas ni perlukan berehat lebih banyak. So buat mana termampu je la nampaknya. Harap tak membosankan.

Ini hanya pendapat Fiza, kalau korang ada pendapat lain tentang masa yang sesuai untuk update blog ni boleh tinggalkan di kotak komen bawah ni.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles