Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Honeymoon di Fifty4Ferns Resort Janda Baik, Pahang

$
0
0
Dalam Malaysia ni ada banyak tempat tempat menarik untuk berbulan madu (honeymoon) sebenarnya. Cuma kita ni, kalau cakap honeymoon terus fikir honeymoon oversea je kan? Betul tak? Okay, hari ni Fiza nak share satu lagi lokasi yang best untuk mereka yang nak honeymoon iaitu di Fifty4Ferns Resort Janda Baik, Pahang

Fifty4Ferns Resort bukan hanya fokus pada untuk honeymooners sahaja ye. Untuk honeymooners ada satu tree house sahaja. Yang lain untuk family dan lain lain. 
Apa yang menarik di Fifty4Ferns Resort 
Resort baru dibuka di Janda Baik Pahang. Kawasan resort ni memang best, luas, nyaman dan ada sungai. Boleh lakukan aktiviti memancing, berbasikal, jungle trekking & ada juga bilik karaoke. 
Fiza suka tengok design resort ni sebab design dia unik bercirikan tradisional dan moden.  

Design rumah kampung tradisional ala ala back to suasana kampung.





Boleh bersantai kat beranda tu pun best juga

Suasana bilik yang selesa. Luar nampak tradisional, dalam nampak moden.

Ada swimming pool. Dah macam percutian mewah pulak kan.


Yang istimewanya di Fifty4Ferns ni ada rumah pokok yang dibina khas untuk honeymooners and the manymooners dipanggil "Sarang burung" Memang jauh dari yang lain. Unik dan menarik lokasi untuk honeymoon di sini.

Ada pulak air sungai kat bawah tu. Boleh acah acah dating atau berendam kat situ pun best jugak kan.

memang romantik habis honeymoon kat sini

kalau dah menginap kat sini, haruslah korang explore kawasan kat sini ambil angin petang dan udara yang segar. lepak tepi tasik je pun boleh.

Tengoklah keluasan kawasan Fifty4Ferns Resort yang luas ni. Lengkap dengan semua kemudahan.


Kalau tak tahu jalan ke sini boleh rujuk map ni atau sekarang dah moden kan. Boleh guna gps atau waze je cari lokasi. 

Untuk maklumat lanjut, booking dan lain lain boleh contact di link facebook dan contact number kat bawah ni ye.

Facebook

Contact
019-3454284 / 019-3454286

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles