Bila sampai hujung minggu mesti macam tak tahu nak plan kemana dan buat apa kan. Why not plan untuk bercuti sambil beriadah di Sungai Lopo Village Hulu Langat, Selangor. Sungai Lopo Village sesuai untuk aktiviti riadah dan bercuti bersama family sebab banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Sesuai untuk event family day, motivasi dan sebagainya.
Paling Fiza suka part air sungai yang bersih. Memang seronok kalau dapat mandi mandi air yang sejuk dan bersih macam kat sini. Selesa kita nak bersantai dan berendam lama lama. Kawasan pun luas. Kalau ramai yang datang pun masih okay untuk buat aktiviti lain bersama keluarga.
Yang uniknya design chalet penginapan yang ada di situ. Comel je kan.
Lebih seronok kalau berbarbecue kat sini.
Kalau nak mandi air yang jernih dan cantik ni, korang boleh hiking dan mandi mandi kat Air Terjun Sungai Lopo pulak di kawasan yang sama. Geng Hikers bolehlah datang sini.
Untuk datang ke sini, korang boleh gunakan google maps ni