Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Ciri Ciri Hipster

$
0
0
Trend Hipster bukan sahaja telah menjadi trend di Malaysia malah dah menjadi trend di seluruh dunia. Tapi rasanya belum nak hadam lagi perkataan 'hipster' tu. Yang tahu hipster ni unik dan lain dari yang lain. Biasanya hipster yang ada kat Malaysia ni kita boleh nampak dari segi fesyen, accesories, dekorasi dan sebagainya. Sebenarnya banyak lagi kan tapi sebab Fiza tak tahu so itu je la pointnya.
Istilah Hipster biasanya diberikan kepada orang yang sering unik atau yang suka memilih untuk berjalan sendiri. Hipster akan membuat dirinya seunik mungkin dari segi penampilan, rambut dan gaya berpakaian. Anehnya golongan Hipster ini, jika mereka sudah popular, mereka akan menukar gaya mereka yang popular tersebut dan mencari gaya yang lain yang belum banyak diketahui orang lain.
Hipster mempunyai ramai peminat dan juga Haters. Hipster adalah suatu kata yang menggambarkan seorang anak muda, yang keadaan ekonomi dirinya berada di kelas menengah atas dan “anti mainstream”. Mereka tidak mainstream dari segi filem, muzik, fesyen dan kawan kawan.-toodia.my

Bukanlah penting sangat untuk tahu pasal hipster ni cuma apa yang menarik minat Fiza tentang hipster adalah segi nilai seninya, unik, rare dan limited edition terutamanya dalam dekorasi hipster dalam sesebuah tempat samada cafe, office, rumah dan lain lain. Suka betul tengok dekorasi hipster yang menarik yang bersifat vintage dan old skool.

Kalau dari segi fesyen, sah sah hipster ni untuk mereka yang kurus je kan. Tengok je la seluar dorang pakai tu, betul betul masuk kaki dan helok je pakai. Kan? Suka tengok jugak sebab dorang sentiasa menjaga penampilan supaya kelihatan smart selalu. Macam wak Doyok, jarang nampak wak doyok selekeh kot. Rambut, misai, jambang pun steady je  24jam camtu je.

Dari pencarian Fiza, nah ini dia ciri ciri hipster secara umumnya.

Ciri-ciri Hipster 

Gaya Rambut dan Pakaian

Lelaki Hipster biasanya sering tidak menyikat rambut mereka dan tidak ingin dilihat kemas dan bagi perempuan pula, mereka sering memakai tight kemana-mana. Inilah yang sering membuat Hipster itu terlihat Hipster kerana kita sentiasa dapat melihat mereka dari segi gaya rambut dan pemakaian mereka.

Muzik mereka ‘rare’

Ingatlah golongan Hipster ini unik, anti-mainstream jadi muzik mereka mungkin ada yang kita tidak pernah dengar. 

Kesimpulannya, Hipster itu unik dan “anti-mainstream”
Disebabkan trend Hipster yang unik memang boleh buat orang jatuh hati. Sesuatu yang menarik dan sesuatu yang positif untuk di ikuti. Takde salahnya.

Yang salahnya trend terbaru yang dah jadi viral sekarang ni iaitu trend raver.. Menari ala ala sotong atau penebar roti canai tu. Motif menari macamtu???



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles