Seperti yang dirancang, hari kedua kamiorang gerak pergi Bukit Gambang Waterpark. Buat pertama kali kami sampai sini. Disebabkan bukan musim cuti dan kami pergi weekdays memang sunyi waterpark ni. Bolah di kira berapa ramai yang ada. Memang plan bercuti bukan waktu cuti sebab malas nak menunggu lama dan bersesak. Kira waktu yang sedang okay lah ni.
Nak beli tiket pun tak perlu beratur, dah kami je kat situ. Terus ke kaunter je la.
Tiket RM32 seorang untuk dewasa.
Sewa locker RM20
Sewa Double Tube RM12
Total RM96
Usung je la sana sini tube ni.
Ini pulak kawasan Coco Beach. Tapi kamiorang tak masuk kawasan ni sebab Fiza malas nak melalui kawasan pasir tu untuk ke beach ni. Kat sini macam ala ala tepi pantai gitu. boleh bersantai kat gazebo ni kalau tak kisah nak bayar sewa RM48. Agak mahalkan. So kami tak sewa pun. Simpan barang dalam locker je sudah.
Ada ramai jugaklah kat Coco Beach ni.
Fiza ingatkan Gambang Waterpark ni besar rupanya takdelah besar mana. Permainan untuk aktiviti dewasa pun tak banyak. Ada yang ditutup. Ada yang takde lifeguard. Ada yang best pun tak sanggup nak usung tube bawak naik atas semula. Makanya cuba satu permainan sekali je la. Jadilah kan dapat merasa. Kecut jugak perut ni sebenarnya tapi beranikan diri.
Bila dah bosan, lepaking kat tempat kanak kanak tengok gelagat dorang. Itupun tak ramai. Betul betul sendu.
Sudahnya berulang ulang kali kami pusing peguin island duduk santai atas tube dibawa ombak ni.
Mandi manda sampai kembang kecut. Tapi kamiorang mandi tak lama. Dalam 2 jam lebih je kat sini sebab dah bosan juga lama lama kat sini .
Kira happy dan seronok juga mandi manda kat Bukit Gambang Waterpark ni walaupun acah acah macam best je nampak. :p
Bukit Gambang Resort City
Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia
Phone:+60 9-548 8000