Terlewat 15 hari renew lesen memandu. Nak renew masa birthday hari ahad pulak. Lepas tu terus asyik tertangguh je nak renew. Kali ni renew dekat Pejabat Pos je. Masa kat kaunter tu cakap nak renew lesen. Tapi staff pejabat pos tak tanya pulak nak renew untuk berapa tahun. Biasanya kalau renew dia akan tanya nak renew untuk berapa tahun kan?
Husband pun tanya la kat staff tu sebab kalau boleh nak renew untuk 2 tahun sekali. Senang sikit tahun depan tak perlu nak renew lagi. Staff tu pun bagitau yang kalau renew lesen lewat automatik akan terus renew 2 tahun. Sebab tu dia tak tanya. Oooooo....panjang pulak O tu. Baru tahu! Gitulah alkisahnya. Yang penting settle renew lesen walaupun drive pun dah krik krik sekarang ni.
Serupa macam tak perlu ada lesen sebab lepas resign dan bekerja kat rumah jarang benar drive. Boleh kira berapa kali je drive. Lebih suka duduk sebelah driver je. Tapi sangat berguna kalau ada emergency. Kalau drive kereta jarang jarang ni sama macam baru amek lesen kereta. Kalau merempit, terror! sebab pengalaman bawak motor lebih lama dari drive kereta.
Almaklumlah masa study kat UiTM Shah Alam tu memang selalu jammed. Nak tak nak kenalah menyelit jalan tengah tengah. Tawakal je selamat pergi dan balik kelas. Alhamdulillah setakat menyelit merempit tak pernah lagi jadi apa apa sebab sentiasa berdoa selamat sampai dan balik. Tapi pernah sekali terlanggar side mirror keta orang. Nak mintak maaf patah balik memang tak boleh sebab tengah jammed kan. Kenangan betul semua tu. Rindu pulak.
Sesiapa yang lesen dah expired tu bawak bawak le renew ye *pesanan untuk diri sendiri 2 tahun lagi. Hehe