Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Pelbagai Resepi Aiskrim Malaysia Viral

$
0
0
Sekarang tengah viral aiskrim sumi dan ramai yang dah cuba buat. Telan air liur je la kalau malas buat. Ada masa nak kena cuba buat jugak ni sebab nak rasa sejauh mana kesedapan aiskrim tu. Selain aiskrim sumi, ada lagi aiskrim malaysia yang sedap sedap tau. Ada aiskrim choki choki, aiskrim nutella,aiskrim jelly lollipop, aiskrim gula apong, aiskrim jeruk, aiskrim kacang hijau, aiskrim asam boi dan lain lain.

Fiza kongsikan resepi aiskrim malaysia yang sedap sedap ni yang Fiza dapat dari facebook dan diolahkan sedikit untuk perkongsian dalam blog.

Aiskrim Choki-choki

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
secubit garam
2 sudu 1/2 tepung jagung


Cara cara
1. kacau semua bahan bahan dan didihkan dengan api yang kecil. Kemudian tapis.
2. Choki-choki potong 2, Picit² masuk dalam plastik aiskrim dan ratakan adunan aiskrim dalam plastik

Ais Krim Jelly Lolipop

Bahan-bahan 
air 5000ml
1 packet jelly (tak kisah flavour apa-ikut citarasa)
1tin susu cair
4 senduk gula
3 jenis pewarna
pelastik ais krim

Cara Cara
1. Masuk kan air, jelly , susu cair dan gula (kacau dulu hingga sebati dan larut , baru hidup kan api)
2. Masak hingga larut dan sebati * kacau selalu ye
3. Rasa dulu, kalau tawar tambah lg gula.
4. Bahagi kan kepada 3 bahagian dan warna kan.
5. Isi dlm plastik. Ikat.. Siap!

Aiskrim Jeruk

Bahan-bahan
Air
Gula
Jeruk


Cara-cara
Bancuh air gula je lepas tu campur je ngn jeruk

Aiskrim Kacang Hijau

Bahan-bahan
Kacang hijau (rendam semalaman)
Santan 1 liter
Gula 2-3cawan 
Gula merah 
1-3cubit garam

Cara-cara
1. Kacang hijau yang dah direndam semalaman tu rebus sampai empuk/kembang
2. Air gula merah masak berasingan dan tapis
3. Bila kacang dah empuk masukkn air gula merah+gula+garam dan santan. masak macam buat bubur kacang.
4. lepas tu tutup api. Bila suam baru isi dalam plastik ais krim.

Aiskrim Sumi

Bahan-bahan 
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
perisa dan warna yg anda suka
3 packet jelly sumi - dibelah 4 setiap satu

cara-cara 
1. Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
2. Kecilkan api, masuk kan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Tutup api.
3. Letak perasa dan pewarna, kacau rata.
4. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai. Jgn lupa masuk jelly sumi semasa isi airnya.

*guna esen rose & warna pink untuk perisa bandung. Orange untuk perisa oren.

Aiskrim Nutella

Bahan-bahan
1 tin susu manis
1 tin susu cair
5 tin air masak
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu kecik esen vanila
Sedikit garam

Cara-cara
1. Masak air atas api kecik sampai semua larut dan mendidih
2. Air letak lebih kalau nak kurang manis atau boleh tambah gula sikit kalau nak lebih manis.
3. Sejukkan dulu baru tuang dlm plastik
*untuk letak nutella..lenyek2..pstu bru tuang campuran tadi

Aiskrim Gula Apong/nise (Seakan akan gula Melaka)

Bahan-bahan
3liter air
1kg kelapa (buat santan)
Gula apong ori @gula nira agak2 700g.
Daun pandan 2helai


Cara-cara 
1. Masak air sampai mendidih baru msukkan gula nira, santan dan daun pandan.
2. Tapis dulu sebelum masukkan dalam plastik aiskrim.

Semua pun sedap sedap kan. Jangan lupa cuba buat ye. Bila tengok aiskrim malaysia kembali ni, teringat pulak aiskrim asam kecut ni ha. Tetap legend!
Sumber dari facebook
Terima kasih buat mereka yang berkongsi resepi di facebook. mohon halalkan perkongsian ni ye.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles