Dah Alang² ke Jasin sempat jugaklah pergi bersantai kat berendam rehat dan rawat kat Air Panas Jasin.Bawak anak² buah sekali.Sempat snap sebelum mandi je la.
Kalau dah berendam takde makna la nak capai phone or camera bagai.Lepas mandi pun dah penat takde mood nak bergambar melainkan ada photographer.kann?Air Panas kat sini agak okaylah banyak pilihan suhu air dan banyak kolam..untuk kaki sahaja,untuk full body,untuk kanak² air sejuk je dan untuk bilasan badan.Bilik persalinan pun bersih.
Tiket pulak dewasa RM6,kanak² RM3. Hampir 3jam lebih jugaklah kitaorang berendam lepas mghrib.Balik² terus lapar,baru dinner.Dalam kepenatan terus balik seremban.Rasa fresh mandi air panas ni.Apa yang bestnya mandi air panas semulajadi ni dapat
- Memberi ketenangan kepada tubuh badan.dan membantu mengurangkan stress.
- Membuka pori-pori diwajah dan liang roma sekaligus membantu penyingkiran toksin.
- Melegakan ketegangan otot kesan daripada aktiviti harian.
- Meransang kadar metabolisma dalam badan.
Siapa yang tak nak kan.So sesekali tu bolehlah singgah dan rasai sendiri :).
Lokasi Air Panas Jasin:
Kolam Air Panas Bemban, Jasin Melaka.
GPS Coordinate: N2.290575, E102.375176
Waktu operasi: 9am sampai 12 am