Pertama kali naik bas ke Singapura. Perjalanan kira-kira 6 jam sebab jam teruk di gate imigresen. Tidak aku hairan sebab hari minggu ramai yang turun ke Johor untuk melepaskan stress. Biasanya aku terbang sebab tak nak bazirkan masa, tapi kali ini nak cuba ambil bas, dan sebenarnya keadaan agak positif walaupun jam.. sebab aku tidur 3 jam setengah dalam bas berhawa dingin dan masa selebihnya aku stream youtube dalam bas! Wifi dalam bas memang laju!
Tiket bas online
Aku beli bas tiket online dengan catchthatbus sehari sebelum bertolak dan kos dua halatidak sampai RM250 dengan bas berkelas tinggi. Bayangkan tiket flight, harga sehala ke Singapura sudahpun melebihi RM250 kalau beli last minute.
Dengan catchthatbus, aku dapat beli dengan pilihan tempat duduk barisan pertama, jadi pemandangan tidaklah begitu membosankan. Aku sempat menangkap beberapa gambar menarik ketika bas kami di Johor. Tidak seperti menggunakan flight, pilihan tempat duduk di bas tidak mengenakan sebarang caj tambahan, siapa cepat dia dapat. Sebarang soalan boleh chat dengan support yang disediakan di laman catchthatbus, talian support mereka dibuka selewat tengah malam.
Suatu kebaikan menggunakan bas ialah pilihan tempat perhentian. Bas yang aku pakai berhenti di Golden Mine - salah satu pusat pembeli-belah terkenal Singapura. Selepas makan tengah hari di mall tersebut, aku pun teruskan perjalanan demi kerja-kerja pejabat.
Perjalanan balik ke KL tidak sesak berbanding perjalanan menuju ke Singapura. Bas bertolak tanpa menunggu lama dan aku pun tidak perlu 'check in'. Seperti biasa, 'aktiviti berinternet' berlangsung dengan giat dalam bas haha! Aku sempat siapkan sebahagian urusan pejabat sebab tempat duduk bas yang aku pakai amatlah selesai.. kerusinya tidak sempit seperti tempat duduk Airasia. Hmm, sebenarnya kalau travel ke tempat dekat boleh cuba pakai bas, sebab dengan flight kos ke airport juga tidak murah sebab airport biasanya jauh dari bandar. Harga tiket bas murah sekali ganda berbanding tiket flight, itupun bas tiket berkelas tinggi. Paling penting dalam bas ada wifi percuma!
Editor by Ming Hann
Editor by Ming Hann