Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Cantiknya Kebun di Baan Rai i Arun, Kapoe, Ranong, Thailand

$
0
0
Kebun bunga ada, kebun sayur ada, pelbagai jenis tanaman ada di  Baan Rai i Arun, Kapoe, Ranong, Thailand. Itu yang buat nampak suasana di sini sangat cantik dan menarik. Segala sumber alam yang ada di sini dapat memberikan kenikmatan menikmati mood segar dan menikmati pandangan yang mendamaikan.


Sekali tengok mesti teruja nak pergi kan? Kalau dekat, mesti ramai yang dah sampai sini. Tapi Thailand tak jauh mana kan sempadan Malaysia je dah sampai. Tak nak cakap banyak, layan je gambar gambar yang cantik di Baan Rai i Arun, Kapoe, Ranong, Thailand ni. 

Tertarik sangat dengan laluan jambatan buluh ni. Setiap laluan kiri kanan ada bunga bunga yang menambahkan lagi kecantikan di laluan ni.


Bunga yang ada pun cantik cantik dan segar je. 

Bukan bunga je segar. Selain bunga, ada juga tanaman sayur sayuran. 

Sambil menikmati makanan sambil menikmati suasana kebun yang segar.


Paling best sebab boleh makan sayur fresh dari ladang. Betul² terbaik dari ladang!

Tak cukup sekadar menikmati keindahan bunga dan tanaman. Ada lagi yang menarik di sini. 

Best kot dapat bersantai di sini. 

Kalau dapat celup celup kaki pun jadilah. Nak mandi macam nampak seram pulak.

Suasana cafe yang best sambil menikmati angin sepoi sepoi bahasa.

Suasana malam yang cantik juga. 



Terpaling suka decoration dalam rumah ni. Dapur dia cantik! Kalau dapat dapur macam ni, Fiza duduk dapur je la. Sedap mata memandang. Terlalu unik pada Fiza. 


Bilik tidur pun best kot walau nampak simple. 

Fakta tentang Baan Rai i Arun
Sumber dari Facebook Siakap Keli


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles