Bila bercakap tentang majlis perkahwinan, semua bakal pengantin mesti mahukan majlis perkahwinan mereka sempurna seperti yang di impikan oleh setiap bakal pengantin. Tambah sempurna dan memberikan suntikan kenangan manis jika majlis perkahwinan di abadikan dalam bentuk videography. Untuk dapatkan videography terbaik dalam majlis perkahwinan, bakal pengantin perlu memilih videographer yang terbaik.
Selain photography, videography dah menjadi trend dan sesuatu yang perlu ada dalam majlis perkahwinan impian. Betul tak? Bagi yang ada bajet lebih, bolehlah upah videographer yang professional dan hebat. Pasti hasilnya tidak mengecewakan! Siapa yang tak nak kalau kenangan mereka di abadikan dalam bentuk video kan. Semua pun nak.
Akan datang, bolehlah tengok semula video majlis perkahwinan bersama dengan anak anak pulak. Ada sentimental value di situ kan. Memang menarik kalau ada satu videography dalam sesuatu majlis. Tak kisahlah majlis pertunangan ke, majlis pernikahan ke ataupun majlis yang lain. Teruja kot nak tengok video majlis dan mesti tak jemu nak tengok hari hari. Dari situ juga boleh mengimbas kembali detik detik bunga bunga cinta bersama.
Jadi, Fiza kongsikan beberapa Produksi Videography dari Bridestory untuk memudahkan bakal pengantin memilih videographer terbaik untuk majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis merisik dan sebarang majlis. Pasti tak menyesal pilih mereka. Boleh tengok setiap hasil kerja terbaik mereka dalam link di bawah.
Bridestorymerupakan portal direktori online yang menyediakan maklumat, sumber inspirasi dan membantu bakal pengantin dalam merealisasikan perkahwinan yang sempurna yang di impikan oleh bakal pengantin secara professional dan membantu vendors dalam menjalinkan hubungan yang baik dengan pasangan yang bakal berkahwin di seluruh dunia.
Portal Bridestory sangat membantu bakal pengantin dalam membuat persiapan perkahwinan. Semuanya lengkap yang terdiri daripada :
- Boutonnieres &Corsages
- Bridal
- Catering
- Dance & Choreography
- Decoration & Lighting
- Dress & Attire
- Entertainment (DJ)
- Entertainment (MC)
- Entertainment (Music)
- Event Rentals
- Favors & Gifts
- Flowers
- Hair & Makeup
- Health & Beauty
- Honeymoon
- Invitations
- Jewelry
- Men's Formal Wear
- Officiants
- Others (Unique Services)
- Photo booth
- Photography
- Venue
- Videography
- Wedding Accessories
- Wedding Cake
- Wedding Planning
- Wedding Shoes
Memandangkan dalam portal Bridestory mempunyai banyak vendor vendor, makanya korang boleh survey semuanya dalam satu portal. Mudah dan jimat masa kan. Itupun rasanya korang jadi rambang mata nak pilih mana satu. Paling mudah korang boleh pilih ikut bajet korang. Hanya perlu klik klik je. Tak perlu nak tanya tanya bagai. Mudah sangat!